Home > Bahasa Melayu
Peserta Skim Bimbingan Asas Bagi Saudara-Saudara Baharu Siri Ke-10 Terima Sijil
PEMANGKU Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, KHEU, Awang Abd Aziz bin Haji Abd Kahar menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta bengkel
October 25th, 2018 | 08:08 AM | 437 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Da'wah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) mengadakan Skim Bimbingan Asas Bagi Saudara-saudara Baharu Siri Ke-10 selama dua minggu bermula 9 Oktober dan berakhir hari ini.
Majlis Penutup Skim Bimbingan Asas Siri Ke-10 berlangsung di Dewan Mau'izzah, PDI, Berakas, di sini.
Seramai 10 peserta skim berkenaan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bangsa termasuk mualaf yang telah tamat menjalani Skim Bimbingan Pengenalan Islam.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, KHEU, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.
Tujuan skim tersebut adalah untuk menguatkan kefahaman peserta tentang ajaran Islam yang asas, di samping memberikan pemedulian dan sokongan moral dan spiritual kepada peserta.
Dengan adanya skim berkenaan diharap akan dapat memberi kefahaman tentang Islam dan memberi ruang bagi peserta untuk berinteraksi secara terus dengan tenaga pengajar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]