FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kefahaman Terhadap Sejarah Islam Amat Penting Dalam Pendidikan


TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar semasa berucap dan merasmikan Seminar Kebangsaan Pendidikan Sejarah Islam 2018 yang berlangsung di Dewan Tarbiyah, KUPU SB.

 


 October 25th, 2018  |  08:22 AM  |   283 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kefahaman yang mendalam terhadap Sejarah Islam itu amat penting dalam skop Pendidikan kerana Sejarah Islam itu sendiri mempunyai ciri berbeza dengan sejarah lain, iaitu adanya ciri khas berupa wahyu Allah Subhanahu Wata'ala, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Ciri khas ini dilihat memainkan peranan yang sangat penting dalam mengolah dan mencorak perjalanan kehidupan umat manusia kerana di dalamnya terkandung segala pedoman, petunjuk dan pengajaran kepada para umat yang datang selepas itu dan merupakan cerminan dalam kita membina dan membentuk bangsa dan negara yang bertamadun.

 

Demikianlah yang digariskan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku tetamu kehormat pada Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Pendidikan Sejarah Islam Tahun 1440H / 2018M yang berlangsung di Dewan Tarbiyah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), di sini.

 

''Justeru keutamaan dalam kita memberi sebaik kefahaman tentang Sejarah Islam dalam konteks membentuk umat manusia yang bertamadun adalah adanya kaedah yang lurus dan universal bagi pembinaan mental, pendewasaan generasi muda, pembentukan umat dan pembangunan peradaban dengan mengutamakan dasar-dasar kemuliaan dan keluhuran akhlak menurut petunjuk Al-Quran,'' jelasnya.

 

Yang Mulia Pengiran Dato berpandangan bahawa penekanan terhadap keperluan memberi kefahaman mengenai Sejarah Islam itu berasaskan kepada ilmu dan fakta yang betul dalam pendidikan itu perlu diselarikan dengan kaedah pengajaran yang efektif serta bersesuaian dengan perkembangan semasa.

 

Dalam merealisasikan hasrat tersebut ujar Yang Mulia Pengiran Dato, keperluan pihak-pihak berkenaan, terutama Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan bagi sama-sama duduk 'maliati' perkara tersebut.

 

''Dalam masa yang sama, hasil dan dapatan dari perbincangan-perbincangan di Seminar ini akan dapat mencetuskan idea-idea baharu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sejarah Islam ini,'' katanya.

 

Menurutnya, sudah tiba masanya bagi kita 'mentadabbur' Sejarah Islam itu kerana kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan kepada kita umat Islam berulang kali menekankan para pembacanya untuk berfikir, mengambil faedah dan pelajaran daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu, iaitu peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diutus menjadi Rasul dan sejarah juga perjalanan hidup Baginda.

 

Alhamdulillah tambahnya, kita di Negara Brunei Darussalam telah meletakkan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam sebagai mata pelajaran teras dan para pelajar berpeluang untuk mempelajarinya dengan didedahkan secara teori juga praktikal.

 

Menerusi pembelajaran tersebut dan penerapan nilai juga akhlak yang baik itu, insyaaAllah akan dapat melahirkan individu yang beriman dan bertakwa serta istiqamah dalam melakukan kebaikan dan menjauhi perbuatan yang buruk.

 

Seminar ini adalah aktiviti ilmiah yang diungkayahkan bersama oleh Fakulti Pendidikan KUPU SB, merupakan platform ke arah membincangkan dan membahaskan mengenai sistem pendidikan Sejarah Islam dalam usaha kita untuk melestarikan ketamadunan bangsa dengan mengambil kira kepentingan aspek mental dan fizikal serta aspek jasmani dan rohani, iaitu spiritual.

 

Beliau percaya dan penuh yakin bahawa seminar tersebut dapat mencapai tujuan dan objektif penganjurannya dalam memperkasa kefahaman dan pendekatan serta mengenal pasti pedagogi yang berkesan dalam pengajaran pendidikan Sejarah Islam, iaitu selaras dengan tujuan dan objektif Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21), terutama dalam kalangan pelajar khususnya dan umat Islam amnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47