FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Kualiti, Kefahaman Dalam Mentakmir Masjid


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ketika hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Perasmian Konvensyen Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid 1

 


 October 25th, 2018  |  08:31 AM  |   294 views

TUNGKU LINK

 

Lebih daripada 800 peserta terdiri daripada kalangan Pegawai-pegawai Masjid,

 

Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir, Muslimah dan Ketua Belia Masjid hadir pada Konvensyen Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid bagi Tahun 1440H / 2018 bersempena dengan Sambutan Awal Tahun Hijriah 1440 kelolaan Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Negara Brunei Darussalam, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

 

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya merasmikan Konvensyen dan menyampaikan Ucaptama ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang serta pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari KHEU dan para peserta konvensyen.

 

Antara tujuan konvensyen adalah untuk meningkatkan kualiti dan kredibiliti Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dalam pengurusan pentakmiran masjid, di samping meningkatkan penghayatan Ahli Jawatankuasa Takmir, Muslimah dan Ketua Belia Masjid akan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

 

Melaluinya, para peserta juga akan dapat berkongsi maklumat daripada pengalaman pengurusan takmir masjid-masjid dari luar negara khususnya dari negara anggota Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

 

Terdahulu acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mudim Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh.

 

Menurut Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, konvensyen tersebut diadakan selama dua hari, yang mana hari pertama adalah pembentangan kertas-kertas kerja, termasuk dari negara anggota MABIMS dan pada hari berikutnya ialah Bengkel dan Muzakarah mengikut kumpulan masing-masing.

 

''Pagi ini juga akan diselajurkan dengan Pelancaran Projek Tabung Masjid Online, yang mana projek ini ialah usaha sama dengan Pejabat Setiausaha Tetap KHEU sebagai salah satu inisiatif bagi KPI di bawah fokus Rancangan Strategik Utama KHEU, Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang melalui objektif 11 : Membangun Prasarana Infrastruktur dan Sistem IT yang Strategik,'' terangnya.

 

Sebagai Projek Rintis tambahnya, pada peringkat permulaan ia diperkenalkan untuk tujuh buah masjid terpilih sahaja, iaitu Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah; Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong; Masjid Mohamad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait dan Masjid Utama Mohamed Salleh, Pekan Bangar.

 

''Melalui projek rintis ini apa yang diharapkan ia akan dapat membantu meningkatkan lagi kutipan tabung masjid dan menjadikan Online Banking sebagai alternatif kepada orang ramai untuk menderma dengan lebih mudah dan selamat,'' jelas Awang Haji Amir Hisham lagi.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Perasmian Konvensyen dan Ucaptama daripada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, yang kemudiannya turut menyempurnakan Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada Pembentang-pembentang dari negara anggota MABIMS.

 

Sejurus itu pembentangan kertas kerja pertama dari Negara Brunei Darussalam mengambil tempat yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri mengenai Peranan dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Negara Brunei Darussalam.

 

Manakala pada sebelah petang, konvensyen diteruskan dengan tiga lagi pembentangan kertas kerja, masing-masing dari Republik Indonesia yang disampaikan oleh Kepala Sub Direktorat Kemasjidan pada Direktorat Utusan Agama Islam dan Pembinaan Syariah, Kementerian Agama Republik Indonesia, Ustaz Abdul Syukur bin Ismail; dari Malaysia disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengimarahan, Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM, Ustaz Jamali bin Mohd. Adnan dan dari Republik Singapura disampaikan oleh Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat dari Republik Singapura, Adnan bin Abd. Hamid.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mudim Haji Amran. Konvensyen diteruskan lagi pada Khamis, 25 Oktober dengan pengisian Bengkel dan Muzakarah, diselajurkan dengan acara Penutup Konvensyen tersebut dan Penyerahan Resolusi.

 

Semoga dengan adanya konvensyen ini, pihak JHEM berharap dapat meningkatkan lagi kualiti dan kefahaman Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid di Negara Brunei Darussalam mengenai dengan peranan, tugas dan tanggungjawab mereka dalam membantu mentakmirkan masjid-masjid di seluruh negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47