FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PTH Terapkan Nilai Murni, Etika Islam


ANTARA aktiviti pengenalan yang dijalankanANTARA aktiviti celik kewangan yang dijalankan.

 


 October 30th, 2018  |  08:43 AM  |   285 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini telah menganjurkan Program Tunas Harapan Kali Ke-3 (PTH-3) 2018, yang dikendalikan oleh mahasiswa dan mahasiswi Tahun 3 Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) UNISSA. Program kali ini diadakan sebanyak dua siri.

 

Siri pertama PTH-3 telah diadakan di Sekolah Menengah Berakas (SMB), Bandar Seri Begawan pada 13 Oktober 2018 yang mana para peserta program adalah terdiri daripada 60 orang penuntut Tahun 7. Seramai 43 orang mahasiswa dan mahasiswi Tahun 3 FEKIm UNISSA telah terlibat dalam program tersebut. PTH-3 Siri Pertama, 2018 telah dipengerusikan oleh Awang Muhammad Ainul Firdaus bin Abd. Rahman, mahasiswa Tahun 3, Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kewangan Islam FEKIm UNISSA.

 

Acara tersebut dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi yang bertemakan 'Generasi Celik Kewangan'. PTH-3 telah diisikan dengan pelbagai bentuk aktiviti kepimpinan dan pembangunan modal insan yang disuntik dengan aspek pendidikan berteraskan akhlak dan nilai Islam serta pendedahan tentang kewangan Islam secara berkumpulan. Menerusi aktiviti tersebut ianya telah dapat memupuk semangat patriotik, setiakawan, kerjasama, tolong-menolong, kreatif dan bertanggungjawab menyumbang bakti kepada agama, raja, bangsa dan tanah air, serta memberi kesedaran tentang kepentingan mengurus kewangan dalam kehidupan seharian.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup ialah Pengetua Sekolah Menengah Berakas, Cikgu Alexandar bin Bandang.

 

Juga hadir pada majlis tersebut ialah Dekan FEKIm UNISSA, Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani selaku Penasihat PTH-3, 2018 dan para Pensyarah FEKIm UNISSA serta guru-guru Sekolah Menengah Berakas.

 

Acara penutup diisikan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi PTH-3, 2018 dan penyerahan cenderahati kepada SMB sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan PTH-3, 2018.

 

Manakala, PTH-3 Siri Kedua telah sempurna diadakan di Kompleks Rumah Kebajikan, JAPEM pada 20 Oktober 2018. Program ini melibatkan enam orang peserta daripada penghuni kompleks berkenaan dan seramai 10 orang mahasiswa Tahun 3 FEKIm UNISSA sebagai fasilitator. PTH-3 Siri Kedua ini telah dipengerusikan oleh Awangku Muhammad Farid bin Pengiran Yahya, mahasiswa Tahun 3, Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kewangan Islam FEKIm UNISSA.

 

Acara tersebut dimulakan jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang di mana program telah diisikan dengan aktiviti sesi suai kenal bersama fasilitator, aktiviti kerohanian dan pembangunan modal insan. Sebuah tazkirah ringkas juga telah disampaikan oleh Pensyarah FEKIm UNISSA, Dr. Kamarusalam bin Yusuf. Tazkirah antaranya memberi kesedaran kepada para peserta betapa pentingnya mentaati ibu bapa dan membina keluarga yang harmoni dan bahagia sebagai jalan menuju kebaikan di dunia dan akhirat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup ialah Penolong Pengarah Kebajikan, Kompleks Rumah Kebajikan, JAPEM, Dayang Noryani binti Haji Abdul Rani.

 

Juga hadir pada majlis tersebut para Pensyarah FEKIm UNISSA serta pegawai dan kakitangan Kompleks Rumah Kebajikan JAPEM.

 

Majlis Penutup dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi PTH-3 Siri Kedua dan diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan PTH-3 kali ini.

 

Penglibatan mahasiswa dalam khidmat sukarelawan ini secara langsung diharap dapat melahirkan pelajar yang tahu akan nilai tanggungjawab dan rasa prihatin kepada masyarakat yang memerlukan bantuan khususnya dari segi bimbingan agama. Ia juga penting dalam memberikan impak terbaik daripada aspek pembentukan personaliti, keperibadian, jati diri, nilai, kepercayaan serta motivasi dan menjadikan mahasiswa sebagai contoh terbaik kepada peserta.

 

PTH Kali Ke-3 ini diharap telah dapat mengasah bakat dan kemahiran mahasiswa dan mahasiswi UNISSA untuk menjadi pelapis generasi muda yang memahami nilai tanggungjawab dan menabur bakti kepada bangsa, negara dan tanah air. Dalam masa yang sama, para mahasiswa juga dapat mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dari bilik-bilik kuliah dengan merancang, mengurus, dan mengatur suatu aktiviti, di samping berkongsi pengetahuan dan pengalaman berguna dengan masyarakat luar dengan menerapkan nilai-nilai murni dan etika Islam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47