Home > Bahasa Melayu
Pembangunan Lestari Dari Perspektif Islam
SUASANA Ceramah Umum bertajuk 'Pembangunan Lestari dari Perspektif Islam' bertempat di Auditorium UNISSA.
October 30th, 2018 | 08:46 AM | 234 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FFPI) pada 27 Oktober lepas telah mengadakan satu Ceramah Umum bertajuk 'Pembangunan Lestari dari Perspektif Islam' bertempat di Auditorium UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad dan dihadiri sama oleh Dekan FPPI, Dr. Shahrul Nizam bin Salahudin.
Ceramah Umum ini disampaikan oleh Timbalan Rektor II, Universitas Islam Bandung, Indonesia, Dr. Atih Rohaeti Dariah dan dipengerusikan oleh Pensyarah dan Ketua Program Sarjana Muda di FPPI, Dr. Shereeza binte Mohamed Saniff.
Antara objektif program tersebut adalah untuk membuka pola pemikiran tentang kepentingan pembangunan secara lestari, dari segi perspektif Islam di samping memberikan pendedahan tentang pengurusan pembangunan Islam dengan lebih mendalam.
Program ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan syaksiah pelajar, agar mereka memahami cara berinteraksi dengan alam sekitar bagi memastikan kelestarian sesebuah pembangunan, di samping sebagai wadah aspirasi bagi kedua institusi pendidikan tinggi Islam untuk menjalin dan membangun jaringan kerjasama yang boleh dikembang luaskan mengikut kepakaran yang ada.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]