FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ulang Tayang Lagenda Puteri Bukit Tempayan Pisang


SESI bergambar ramai pada tayang ulang filem Lagenda Puteri Bukit Tempayan Pisang bertempat di Auditorium Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

 


 October 30th, 2018  |  08:50 AM  |   1147 views

BERAKAS

 

Penggiat Seni Tanah Air (PeSTAB) menayangkan kembali filem Lagenda Puteri Bukit Tempayan Pisang bertempat di Auditorium Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

 

Hadir sebagai tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Pengiran Aliuddin bin Pengiran Jamaluddin bagi dua artis filem Lagenda Puteri Bukit Tempayan Pisang yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Penyampaian Cenderamata kepada tetamu kehormat oleh Penasihat PeSTAB, Pengiran Hajah Maskuin bin Pengiran Mohammad.

 

Filem Lagenda Puteri Bukit Tempayan Pisang yang berdurasi 1 jam 40 minit cuba menampilkan cerita legenda Brunei dengan memasukkan elemen-elemen keBruneian seperti syair, tarian, puisi, peralatan, lagu-lagu dan pakaian Brunei.

 

Cerita ini menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Brunei, bahasa Melayu Standard dan bahasa Purba. Mesej yang cuba disampaikan melalui filem ini ialah bila kita berhasrat untuk mendapatkan sesuatu mestilah rajin berusaha, penuh keyakinan dan tetap bersemangat walaupun beberapa halangan yang datang menimpa seperti adegan Radat yang berhasrat untuk menemui Puteri Bunian.

 

Lebih kurang 60 penonton hadir menyaksikan ulang tayang filem itu.

 

Filem tersebut mula diulang tayang pada 26 Oktober hingga 18 November nanti, bertempat di Auditorium Jabatan Penerangan.

 

Waktu tayangan ialah pada jam 3.00 petang, 5.00 petang, 7.00 malam dan 9.00 malam pada Jumaat dan Ahad. Pada Isnin hingga Sabtu pada jam 5.00 petang, 7.00 malam dan 9.00 malam.

 

Harga tiket bernilai BND5.00 dan 30% daripada hasil jualan tiket berkenaan akan disumbangkan kepada kumpulan SMARTER Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47