FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Skim Galakan Khatam Al-Quran Wasilah Sokong Hasrat Kebawah DYMM


PERSEMBAHAN membaca Al-Quran secara berkumpulan

 


 October 30th, 2018  |  09:06 AM  |   431 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam mewajibkan pembelajaran mata pelajaran Al-Quran bagi semua murid dan pelajar dalam Persekolahan Ugama, yang mana salah satu objektif Penubuhan Sekolah Ugama di negara ini adalah untuk memastikan umat Islam, terutamanya para murid fasih dan lancar membaca Al-Quran.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar semasa Majlis Penyampaian Skim Galakan Khatam Al-Quran Murid-murid di bawah Umur 10 Tahun bagi Sekolah-sekolah Ugama dan Arab Kali Ke-27 Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi, bertempat di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini.

 

Menyentuh mengenai skim tersebut, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom berkata ia merupakan satu wasilah menyokong hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan keberkesanan mata pelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah agama.

 

''Pada hemat peramba / saya, hasrat murni melalui Skim Galakan Khatam Al-Quran Murid-murid di bawah Umur 10 Tahun ini hendaklah berterusan, tanpa mengira jerih dan payah dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak. Guru-guru Ugama yang ditugaskan untuk mengajar Al-Quran kepada semua lapisan masyarakat; tugas mereka ini adalah tugas yang sangat mulia dan jika diniatkan untuk mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, maka ia adalah satu ibadat. Sebagai masyarakat hendaklah sama-sama berusaha dan bekerjasama bagi melahirkan generasi Islam yang celik Al-Quran yang beriman dan bertakwa,'' ujarnya lagi.

 

Menurutnya dalam usaha ke arah memperkasakan dan memartabatkan pendidikan Al-Quran di negara ini, maka adalah perlu semua pihak yang berkepentingan memainkan peranan mereka masing-masing, antaranya institusi keluarga, sekolah, masjid, media massa dan masyarakat kerana mereka semua mempunyai peranan untuk menjadikan pembacaan Al-Quran itu sebagai satu yang lazim dan satu budaya kerana pembudayaan inilah yang akan sedikit demi sedikit menggerakkan hati kita untuk sentiasa bersama Al-Quran.

 

Jabatan Pengajian Islam (JPI) tegasnya, perlu meneliti atau me'review' bagi melihat kaedah dan cara yang berkesan pada meningkatkan lagi keberhasilan skim tersebut agar dapat meraih manfaat dan faedah yang lebih besar daripadanya.

 

''Kepada ibu bapa dan penjaga murid yang diraikan, peramba / saya mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kerana anak-anak abiskita telah berjaya mengkhatamkan pembacaan Al-Quran mereka dengan baik dan sudah setentunya abis kita berasa gembira dan ia merupakan satu pelaburan yang memberikan keuntungan di dunia dan di akhirat kelak. Perkara ini perlu diteruskan dan perlu ada kesinambungan dari kejayaan ini agar anak-anak abiskita, para murid didedahkan kepada disiplin ilmu yang lain, khususnya dalam bidang Al-Quran seperti menghafaz Al-Quran dan taranum Al-Quran,'' jelasnya lagi.

 

Pada majlis tersebut Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku tetamu kehormat majlis Menyampaikan Hadiah-hadiah dan Sijil-sijil kepada para Pemenang dan Peserta Skim Galakan Khatam Al-Quran.

 

Seramai 43 peserta menerima hadiah skim tersebut daripada 165 peserta yang berdaftar mengikutinya dan hanya tiga peserta berjaya mendapat penilaian Sangat Baik dalam Ujian Tasmik Skim Galakan Khatam Al-Quran Murid-murid di bawah Umur 10 Tahun Peringkat Akhir Negara Kali Ke-27 Tahun.

 

Tempat pertama dimenangi oleh Dayang Siti Nuraqilah binti Haji Jahari dari Sekolah Ugama (SU) Batu Marang; manakala Awang Muhammad Ihtifazhuddin bin Suhaili dari SU Pengiran Anak Puteri (PAP) Mutawakillah Hayatul Bolkiah di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Dayang Afza Masturina binti Haji Abdul Lamit dari SU Rimba II.

 

Sementara itu, SU PAP Mutawakillah Hayatul Bolkiah dianugerahkan Sekolah Terbaik dalam Ujian Tasmik Skim Galakan Khatam Al-Quran Murid-Murid di bawah Umur 10 Tahun Peringkat Akhir Negara Kali Ke-27 Tahun.

 

Skim tersebut merupakan satu program yang diungkayahkan oleh JPI melalui Bahagian Kokurikulum, yang mana telah mula diperkenalkan pada tahun 1991 dan dilaksanakan setiap tahun.

 

Tujuan skim tersebut diadakan ialah untuk mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran Al-Quran di sekolah-sekolah ugama dan arab di seluruh negara yang dihasratkan akan melahirkan generasi Brunei yang celik Al-Quran dalam kalangan pelajar dari peringkat umur muda, di samping menggalakkan murid-murid untuk mempelajari Al-Quran dari peringkat usia muda.

 

Selain itu, ia juga sebagai dorongan kepada murid-murid supaya mengkhatamkan bacaan 30 juz Al-Quran dengan baik sebelum mencapai umur 10 tahun dan menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai amalan berterusan sepanjang hayat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47