FacebookInstagramTwitterContact

 

Childcare Centres           >>           Haj Management and Internalisation Briefing           >>           Health Briefing for Intending Pilgrims           >>           'My Family, My Hope'           >>           Open House in conjunction with Hari Raya Aidilfitri           >>           'Sedetik Sejuta Perjalanan' Motivational Camp           >>           TID Rollover Transition Process           >>           Knowledge-Sharing Session           >>           International Nurses and Midwives Day Celebration           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penemuan Artifak Kapal Karam Brunei Jadi Perhatian


HER Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn, The Princess Royal of Thailand mendengar sembah penerangan mengenai penemuan-penemuan artifak Kapal Karam Brunei semasa berangkat melawat Muzium Maritim Brunei Darussalam.

 


 November 2nd, 2018  |  08:59 AM  |   863 views

KOTA BATU

 

Her Royal Highness (HRH) Princess Maha Chakri Sirindhorn, the Princess Royal of Thailand serta rombongan meneruskan lawatan di hari kedua dengan berangkat ke Muzium Maritim Brunei Darussalam terletak di Mukim Kota Batu.

 

Keberangkatan HRH dijunjung oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Awang Haji Mohamad Jefri bin Haji Sabli.

 

Semasa kunjungan tersebut, HRH dan rombongan yang terdiri daripada 35 orang Kadet Tahun 4 dan 19 Pegawai Tentera dari Chulachomklao Royal Military Academy of Thailand (CRMA) telah diberikan penerangan mengenai pameran-pameran di muzium tersebut oleh Pegawai Arkeologi, Dayang Hajah Nurkamilah binti Haji Ismail.

 

Antara pameran yang menjadi tatapan ialah penemuan-penemuan artifak Kapal Karam Brunei yang ditemui dalam tahun 1997 dan merupakan penemuan terbesar negara ini iaitu sebanyak 13,500 bahan telah diselamatkan.

 

Penemuan kapal karam ini menjadi bukti sejarah bagi negara ini sebagai pusat perdagangan yang maju antara abad 15 dan 16 Masihi.

 

Muzium Maritim Brunei Darussalam telah disempurnakan perasmiannya oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan pada 23 Mac, 2015.

 

Muzium ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai setiap hari antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali Jumaat, tutup antara jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-10 21:51:59