FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doa Kesyukuran Hari Penerbangan Awam Antarabangsa


TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi hadir selaku tetamu kehormat majlis

 


 December 7th, 2018  |  08:15 AM  |   204 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Penerbangan Awam Antarabangsa yang berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau LTAB, Pg. Haji Md. Ismail bin Pg Haji Tuah, yang kemudiannya mengimamkan Sembahyang Fardu Asar berjemaah.

 

Diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran bagi sama-sama memohon dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala untuk keselamatan dan kesejahteraan perkhidmatan udara dan para penumpang.

 

Sambutan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa yang disambut setiap 7 Disember ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penerbangan awam antarabangsa dan peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selaku badan yang juga bertanggungjawab dalam merangka piawaian antarabangsa bagi keselamatan pengangkutan udara.

 

Hari Penerbangan Awam Antarabangsa tahun ini yang membawa tema 'Working Together to Ensure No Country is Left Behind' adalah mengenai inisiatif ICAO dalam usaha membantu negara-negara ahli melaksanakan Standard and Recommended Practices (SARPs) yang mana perlaksanaannya bertujuan bagi menjamin keselamatan penerbangan awam.

 

Juga hadir ialah Pengarah-Pengarah Bahagian di Kementerian Perhubungan, Ketua-Ketua Jabatan, dan pihak-pihak berkuasa di bawahnya, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya termasuk agensi-agensi berkepentingan di LTAB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04