FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkhemahan Uji Ketahanan Mental Belia


AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad menyampaikan sijil kepada para peserta.

 


 December 8th, 2018  |  07:09 AM  |   238 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Perkhemahan Hijrah Mahabbah Illahi Ke-6 dihasrat dapat meningkatkan keimanan dan jati diri melalui pendekatan Al-Quran dan As-Sunnah serta menanamkan sikap bertanggungjawab dan amanah.

 

Sehubungan itu, seramai 96 belia telah berjaya menamatkan program yang dianjurkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dan dikendalikan oleh Kumpulan Al-Qudwah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta pada majlis penutup program yang berlangsung di Auditorium, UNISSA, di sini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, selaku Ahli Jawatankuasa Pelan Strategik YSHHB.

 

Juga hadir, Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr. Adam bin Haji Jait.

 

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil diselitkan dengan ceramah motivasi 'Hijrah Keluarga Menuju Syurga' yang disampaikan oleh Pensyarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr. Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman.

 

Program Perkhemahan yang berlangsung selama empat hari tiga malam bermula 4 Disember lalu bertemakan 'Cahaya Penyuluh Hidup'.

 

Tujuan program adalah untuk menguji kemampuan dan ketahanan mental, emosi dan fizikal.

 

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program perkhemahan itu adalah ceramah motivasi, bengkel kerohanian, aktiviti kepimpinan, gotong royong, sukan dan riadah.

 

Sementara itu, Awang Muhamad Faid Waie bin Mohamad Suffian yang merupakan salah seorang peserta program ketika ditemui berkata, program berkenan mempunyai peranan yang sangat positif yang antaranya ialah kepentingan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain, di samping perkongsian pengalaman masing-masing.

 

Beliau berharap akan terus mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama peserta yang lain sama ada dalam dan luar program nanti dan menyarankan kepada belia-belia lain supaya lebih bersemangat untuk menyertai program seumpama yang banyak memberi pengalaman dan pengajaran, sekali gus merubah ke jalan yang baik dan betul.

 

Seorang lagi peserta program, Awang Haji Huzairi bin Abdullah berpendapat, banyak yang dapat dipelajarinya di samping mencuba pengalaman baharu yang belum pernah dirasai sebelum ini, serta melakukan pelbagai aktiviti bersama kawan-kawan.

 

Selain itu katanya, program juga memberikan mereka banyak pengajaran dan ilmu yang dapat diaplikasikan nanti dan berharap agar belia-belia yang lain akan dapat ikut serta dalam program seumpama ini, kerana ia bukan perkara biasa dilakukan tetapi ia boleh mengubah diri masing-masing kepada yang lebih baik.

 

Menyedari peranan golongan belia dalam membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan kesejahteraan, mereka perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memikul tanggungjawab sebagai pewaris pemimpin pada masa akan datang. YSHHB telah melaksanakan beberapa usaha dalam mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan belia dalam pembangunan masyarakat dengan menyediakan berbagai skim dan program, seperti Program Perkhemahan Belia ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55