FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerbangan Antarabangsa Contoh Terunggul Kerjasama Manusia, Pelancongan Global


Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof

 


 December 8th, 2018  |  07:30 AM  |   277 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hari Penerbangan Awam Antarabangsa diraikan setiap 7 Disember bagi mengiktiraf kepentingan penerbangan awam, khususnya penerbangan udara antarabangsa kepada pembangunan sosial dan ekonomik sejagat. Ia juga bagi membarigakan peranan unik Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam membantu negara-negara ahli untuk bekerjasama ke arah merealisasikan rangkaian perjalanan pantas global yang berkhidmat untuk manusia sejagat.

 

Memandangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan negara-negara dunia kini telah mengguna pakai Agenda 2030 dan memulakan era baharu dalam pembangunan berdaya tahan global, kepentingan penerbangan sebagai jentera 'connectivity' global lebih menyerlah dan relevan kepada objektif Konvensyen Chicago bagi penerbangan antarabangsa sebagai pemudah cara utama dalam kemakmuran dan keamanan sejagat.

 

Ini dinyatakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof di dalam perutusan Yang Berhormat bersempena Memperingati Hari Penerbangan Awam Antarabangsa 2018 yang membawa tema ''Bekerjasama Ke Arah Memastikan Tidak Ada Negara Yang Ketinggalan - Working Together To Ensure No Country Is Left Behind'' (2015 - 2018).

 

Menyentuh dengan tema pada tahun ini, Yang Berhormat Menteri Perhubungan berkata, tema pada tahun ini, iaitu ''Working Together To Ensure No Country Is Left Behind'' merupakan peringatan penting kepada peranan kerjasama dan perkongsian dalam semua aspek dalam penerbangan. Di mana penerbangan sebagai industri global menjadikan impian dan hasrat terbang menjadi satu realiti, mendekatkan hubungan manusia dan meluaskan perdagangan melalui pergerakan barangan dan perkhidmatan, inilah yang membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan melalui penjanaan pekerjaan dan pembangunan pelbagai industri termasuk pelancongan dan yang berkaitan dengannya.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, ''Memastikan Tiada Negara Yang Ketinggalan'' juga memperingatkan kita kepada salah satu tanggungjawab utama kita dalam ICAO bagi memastikan manfaat penerbangan antarabangsa mudah diraih dan 'accessible' ke semua negara dan rantau.

 

Tambah Yang Berhormat, Negara Brunei Darussalam sebagai negara ahli Pertubuhan Penerbangan Awam tetap komited kepada aspirasi keselamatan dan sekuriti penerbangan antarabangsa dan juga ke arah memastikan bahawa rangkaian penerbangan udara berterusan membangun ke arah menghubungkaitkan seluruh pelusuk dunia.

 

''Maka dalam menyedari bahawa peningkatan 'connectivity' udara menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi, Negara Brunei Darussalam telah pun menandatangani Perjanjian Berbagai Hala Liberalisasi Pengangkutan Udara pada 1 Mei 2001. Tujuan perjanjian ini adalah untuk mempromosikan pengurusan perkhidmatan udara terbuka melalui elemen-elemen utama seperti jadual laluan terbuka, membuka hak trafik termasuk kebebasan perkhidmatan kargo ketujuh, kapasiti terbuka, peruntukan pelaburan syarikat penerbangan yang memfokuskan kepada kawalan berkesan dan tempat utama perusahaan dengan fokus tema tahun ini juga kepada pendekatan secara kolektif kepada pengurusan aliran trafik,'' terangnya.

 

ASEAN Single Aviation Market (ASAM) atau Pasaran Penerbangan Tunggal ASEAN ujarnya lagi, merupakan landasan utama yang membolehkan 'connectivity' di dalam dan luar ASEAN melalui meliberalisasikan akses pasaran, di mana tujuannya adalah untuk mewujudkan pasaran penerbangan tunggal di antara Negara-negara ahli ASEAN di Rantau Asia Tenggara yang akan menjadi komponen utama dalam peta jalan penubuhan ASEAN Economic Community.

 

Tambahnya sehingga kini, Negara Brunei Darussalam telah pun menandantangani sebanyak 47 Perjanjian Perkhidmatan Udara secara dua hala dan dari jumlah ini, Negara Brunei Darussalam kini beroperasi ke 17 buah negara dengan jumlah 30 destinasi, jumlah ini dijangka akan bertambah sebanyak empat destinasi lagi menjelang tahun 2019.

 

''Trafik global penumpang udara dalam tahun 2017 dicatatkan sebanyak 4.1 bilion penumpang dengan jumlah kargo sebanyak 56 juta tan, 10.2 juta pekerjaan dan 2.7 trilion sumbangan kepada kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). 'Connectivity' udara di Negara Brunei Darussalam juga telah menyumbang kepada peningkatan mantap penumpang trafik udara dan ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 

''Sejumlah 1,378,264 penumpang dicatatkan dalam suku ketiga tahun 2018, peningkatan sebanyak 4.3% berbanding tempoh yang sama dalam tahun sebelumnya, iaitu 1,321,625. Pada tahun 2017, jumlah tercatat seramai 1.77 juta penumpang dengan pertumbuhan sebanyak 2.8% daripada 1.73 juta penumpang yang dicatatkan pada tahun 2016. Pertumbuhan ini disasarkan meningkat kepada tiga juta dalam tempoh dua tahun akan datang,'' jelasnya.

 

Menurutnya lagi, Pelancongan Perhubungan merupakan satu-satunya industri yang sangat bergantung kepada penerbangan , dengan memudah cara pelancongan, pengangkutan udara membantu pertumbuhan ekonomi, manakala KDNK yang dijana oleh sektor penerbangan di Negara Brunei Darussalam dicatatkan sebanyak BND47.8 juta pada tahun 2017 / 2018.

 

Jelasnya sejak bulan Julai 2017, sebanyak enam buah syarikat penerbangan telah pun beroperasi di Negara Brunei Darussalam dan syarikat berkenaan ialah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Syarikat Penerbangan Singapura, Syarikat Penerbangan Malaysia, Air Asia, Cebu Air Pacific dan Lucky Air dan jumlah ini dijangka akan bertambah menjadi tujuh buah syarikat penerbangan menjelang tahun 2019.

 

''Adalah dijangka jumlah penerbangan beroperasi di negara ini akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang dan kita akan berusaha ke arah menarik minat syarikat-syarikat penerbangan lain melalui penyelarasan dan kolaborasi yang lebih giat dalam sektor pelancongan; melalui peningkatan perkhidmatan dan kecekapan lapangan terbang kita serta kemudahan yang ada dan juga melalui mewujudkan lebih banyak slot pendaratan bagi memudah cara lagi penerbangan serantau dan antarabangsa,'' ujarnya.

 

Tambahnya lagi, seluruh masyarakat penerbangan berperanan dalam memastikan tema pada tahun ini direalisasikan dan kesemua manfaat melalui meluaskan rangkaian penerbangan dapat diraih oleh semua demi keamanan dan kemakmuran melalui 'connectivity' yang meluas seluruh dunia, Negara Brunei Darussalam berhasrat untuk tetap terus memainkan peranannya bagi memastikan penerbangan awam antarabangsa tetap menjadi contoh terunggul kerjasama manusia dan perkongsian global kerana penerbangan antarabangsa memang jelas menyatukan seluruh dunia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55