FacebookInstagramTwitterContact

 

Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>           Munajat Night           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Islamic Da'wah Centre           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sekolah Taman Asuhan Pertiwi Raikan Pelajar Cemerlang


ISTERI Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Dayang Norhayana Janis binti Abdullah ketika menyampaikan sijil kepada graduan.

 


 December 10th, 2018  |  08:41 AM  |   630 views

SUNGAI AKAR

 

Seramai sembilan murid dari Sekolah Taman Asuhan Pertiwi menerima sijil dan hadiah masing-masing pada Majlis Hari Penutup dan Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Cemerlang sekolah berkenaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, di sini.

 

Penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan oleh isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Dayang Norhayana Janis binti Abdullah selaku tetamu kehormat majlis.

 

Acara diisikan dengan tayangan slideshow Sekolah Taman Asuhan Pertiwi 2018 yang kemudiannya diserikan dengan beberapa persembahan dari murid-murid KG1, KG2 dan KG3.

 

Majlis juga diselajurkan dengan Majlis Graduasi Pendidikan Prasekolah.

 

Sekolah Taman Asuhan Pertiwi mula ditubuhkan pada tahun 1972 yang antara lain merupakan salah satu projek kemasyarakatan Persatuan Pertiwi dalam membantu ibu bapa yang bekerja, untuk mengasuh dan membimbing pendidikan anak-anak kecil mereka semasa mereka bertugas.

 

Sekolah berkenaan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam pada tahun 1988 dan setakat ini, sekolah tersebut mempunyai penuntut seramai 39 murid dan tiga orang tenaga pengajar serta dua pembantu guru.

 

Melalui majlis seumpamanya diharap akan dapat memberikan peluang kepada anak-anak untuk menunjukkan kepada ibu bapa mereka akan pencapaian mereka dalam bidang pendidikan dan pergaulan, seterusnya memberi peluang kepada para ibu bapa untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat dengan kalangan guru-guru dan ahli-ahli jawatankuasa sekolah.

 

Juga hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Sekolah Taman Asuhan Pertiwi, Datin Paduka Hajah Zaharah binti Haji Idris; Pentadbir Sekolah, Datin Paduka Hajah Jusnani binti Haji Lawie; Naib Yang Dipertua Pertiwi, Datin Hajah Fatimah binti DSS Abang Haji Razali serta pegawai-pegawai dari Bahagian Sekolah Swasta, guru-guru dan para ibu bapa murid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07