Home > Bahasa Melayu
Penutupan Jalan Raya Sempena Tutongku Ceria
December 13th, 2018 | 08:10 AM | 363 views
TUTONG
Bersempena dengan Tutongku Ceria yang akan berlangsung pada 16 Disember ini, beberapa jalan raya akan dikawal selia dan ditutup sementara bermula dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi bagi mengawal keselamatan aktiviti Riadah Basikal dan Berjalan Santai.
Jalan-jalan tersebut ialah Jalan Enche Awang dari berdepanan Bangunan OG kompleks hingga ke Jalan Menteri Taib berdepanan Mahkamah Lama, Pekan Tutong; Jalan Sungai Basong sebelum naik bukit dan Simpang Masuk / keluar Jalan Penyurat Haji Abu Bakar (berdekatan Stesen Minyak Penyurat Haji Abu Bakar bin Jambol).
Manakala, jalan belakang Bangunan Mahkamah Lama juga akan dikawal selia sementara bermula 13 Disember 2018 hingga 16 Disember 2018 bagi Acara Festival Seni dan Kraf Tutong Tahun 2018.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]