FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Negara Bakal Dilanda Musim Tengkujuh


 


 December 13th, 2018  |  08:15 AM  |   187 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mengikut kitaran monsun, Negara Brunei Darussalam dijangka akan memasuki musim Monsun Timur Laut bermula pada bulan Disember 2018 sehingga Mac 2019.

 

Secara purata pada bulan Disember dan Januari, yang juga dikenali sebagai Musim Tengkujuh, aktiviti turunan hujan adalah sangat aktif dengan kejadian hujan dan hujan berpetir berintensiti lebat sekali-sekala terutama pada waktu sebelah petang dan malam. Manakala pada bulan Februari dan Mac, cuma sedikit turunan hujan dijangka berlaku.

 

Merujuk semula kejadian-kejadian yang berlaku pada musim Monsun Timur Laut yang lepas, hujan lebat yang berlaku untuk tempoh lebih dua jam akan mengakibatkan risiko kejadian banjir atau banjir kilat di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir, atau kejadian tanah susur, dan ianya boleh menjadi lebih teruk apabila bertembung dengan kejadian air pasang.

 

Luruan angin Timur Laut yang kuat juga boleh meningkatkan ketinggian ombak di Perairan Brunei dari paras sederhana hingga ke paras bergelora.

 

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah atau perancangan yang bersesuaian dalam menghadapi musim tengkujuh nanti serta sentiasa peka dengan amaran dan nasihat cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut untuk meningkatkan keselamatan dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya pada musim hujan yang akan datang, dan sentiasa peka dengan amaran cuaca terkini atau nasihat yang dikeluarkan oleh jabatan untuk memastikan keselamatan dan mencegah insiden yang tidak diingini.

 

Jabatan Kajicuaca Negara Brunei Darussalam akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

 

Orang ramai dinasihatkan agar dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang 'www.met.gov.bn' atau mengikuti laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX.

 

Orang awam juga dapat menghubungi terus Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47