Home > Bahasa Melayu
OPS CEGAH Bermula 14 Disember Ini
December 13th, 2018 | 08:17 AM | 271 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan melaksanakan Operasi Sepadu bagi langkah-langkah berterusan ke arah memastikan jalan raya adalah tempat yang selamat untuk pengguna jalan raya serta bertujuan untuk menjalankan pencegahan jenayah.
Beberapa agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan akan turut serta dalam mengungkayahkan operasi sepadu yang dinamakan "OPS CEGAH" iaitu Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, PPDB; Balai-Balai Polis, PPDB; Jabatan Pengangkutan Darat (JPD); Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED); Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK); Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU).
Sehubungan dengan itu, Pihak Polis ingin membarigakan kepada orang ramai bahawa "OPS CEGAH" akan dijalankan serentak di keempat-empat daerah yang bermula dari 14 hingga 30 Disember 2018.
PPDB ingin menasihatkana orang ramai khususnya pengguna-pengguna jalan raya agar dapat memastikan kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai agar dapat memberikan kerjasama kepada anggota dan ahli-ahli petugas semasa operasi dijalankan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]