FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perhimpunan Kukuhkan Perpaduan Pengakap Kelana


PESERTA dari Negara Brunei Darussalam, Awang Faris Fakhrullah @ Faris bin Mohamad.

 


 December 13th, 2018  |  08:39 AM  |   272 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama di negara ini bagi mempererat lagi jalinan persahabatan tujuh buah negara dan beberapa buah negara di Rantau Asia Pasifik dalam mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin bagi membentuk satu perpaduan yang teguh.

 

Jalinan hubungan silaturahim dalam kalangan Ahli Pengakap Kelana Negara Brunei Darussalam dengan Ahli Pengakap Kelana di Rantau ASEAN dan Rantau Asia Pasifik semasa perhimpunan ini juga memberikan peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman, kemahiran semasa berkhemah, bekerjasama dalam satu pasukan, membina sifat-sifat kepimpinan serta mengenali rakan sebaya baharu dengan semangat persaudaraan yang kukuh.

 

Awang Faris Fakhrullah @ Faris bin Mohamad yang merupakan salah seorang peserta dari Negara Brunei Darussalam berharap agar para peserta boleh mempelajari nilai keyakinan diri lebih tinggi dan sifat pemedulian sesama mereka.

 

Menurutnya lagi, perhimpunan kali pertama ini sememangnya dapat menyatukan belia negara-negara ASEAN dan Asia Pasifik melalui komunikasi antara satu sama lain dan yang lebih penting persahabatan yang terjalin.

 

Bagi Maricel M.Laddaran yang merupakan salah seorang peserta Filipina menaruh harapan agar perhimpunan ini dapat memberi nilai tambah kepada diri masing-masing, terutama untuk dirinya yang ingin menjadi pemimpin yang baik dan cemerlang.

 

Justeru katanya, kejujuran dan kerjasama memainkan peranan penting dalam perhimpunan ini kerana ia memberikan peluang kepada para peserta untuk mengaplikasikan pembelajaran ilmu pengakap, membina jati diri dan sifat-sifat kepimpinan mereka dan seterusnya membentuk sifat dan sikap yang kental, cekal, berinisiatif serta produktif.

 

Sementara itu, salah seorang peserta dari Indonesia, Mohamad Romli berharap, ahli-ahli pengakap rantau ASEAN dan Asia Pasifik tidak mensia-siakan peluang dalam menggali ilmu semasa di negara ini dan mempelajari serta menjalani aktiviti-aktiviti pengakap dengan positif dalam usaha untuk mengukuhkan lagi bakat dan kemahiran dalam ilmu pengakap serta untuk mencetus minda yang berdaya maju.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47