FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Raih Peluang Berkomunikasi Bersama Rakan Pengakap


KETUA Kontinjen Republik Singapura , Lim Wei Yung

 


 December 13th, 2018  |  08:42 AM  |   194 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli-ahli Pengakap Kelana (Rover Scout) dihasrat dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, di samping memperkayakan diri dengan sifat-sifat kepimpinan untuk menjadi ahli yang mempunyai jati diri bangsa yang cemerlang serta menjadi barisan pelapis kepimpinan generasi masa depan.

 

Pemimpin Kumpulan Pengakap Hong Kong, Hubert YM HO ketika ditemui seterusnya berkata, Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama juga memberi peluang yang sangat berharga kepada ahli-ahli pengakap ASEAN dan Asia Pasifik berhimpun dan menjalinkan hubungan persahabatan di samping bertukar-tukar budaya dan ia penting bagi pembangunan belia di negara masing-masing.

 

Beliau berharap para ahli pengakap akan dapat membuka minda masing-masing untuk menerima segala ilmu pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi melalui perhimpunan ini.

 

''Ia sangat penting juga bagi para belia untuk mempelajari dari pelatih-pelatih dan belajar sesama sendiri dan berkomunikasi dengan rakan-rakan agar mereka dapat bertukar maklumat penting mengenai kemahiran dalam pengakap,'' ujarnya.

 

Bagi Ketua Kontinjen Singapura pula, Lim Wei Yung pula berkata, perhimpunan ini jelas membuka mata mereka untuk menjalin hubungan baharu bersama ahli-ahli lain dan dengan penyertaan beberapa negara lain juga akan dapat memberi banyak pengalaman kepada mereka berbanding dengan aktiviti dan pembelajaran di negeri sendiri.

 

Beliau berharap untuk berkongsi antara satu sama lain pengalaman mereka termasuk mengadakan aktiviti bersama.

 

Katanya lagi, apa yang ingin terus diperoleh adalah semangat dan motivasi untuk terus bertahan menjadi seorang pengakap dan menceburkan diri dalam acara antarabangsa, di samping untuk terus menyumbang kepada negara.

 

Sementara itu, Ketua Kontinjen Negeri Sabah, Mohd. Saifullah bin Mohd. Aliman pula melahirkan harapan agar perhimpunan ini akan dapat dijalankan dari tahun ke tahun dan akan tiba nanti, Sabah menjadi tuan rumah.

 

Menurutnya, dalam menyatukan belia-belia di ASEAN dan Asia Pasifik ini ini, kita perlu mencari apa kecenderungan belia itu, apa yang mereka minati, apa yang mereka ingin lakukan kemudian cari satu modul atau platform untuk mempertemukan mereka bagi sama-sama melakukan aktiviti yang mereka sukai itu, kerana semua ini akan dapat mengeratkan silaturahim antara semua.

 

Perhimpunan pertama ini dipecahkan kepada empat daerah dan dari empat daerah itu akan memberi pelbagai pengalaman dan ilmu yang tersendiri dan beliau berharap semua ahli-ahli pengakap akan membawa balik pengalaman yang mereka peroleh di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47