FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dua Buku Garis Panduan Perancangan Dilancarkan


MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menerima Buku Garis Panduan-Garis Panduan Perancangan Suplementari Garis Bangunan dan Garis Panduan Perancangan dan Piawaian untuk Kemajuan Perumahan edisi 2018

 


 December 16th, 2018  |  07:18 AM  |   407 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua buah buku garis panduan yang bertujuan untuk menyelaraskan parameter perancangan yang berkenaan dan proses permohonan kebenaran perancangan selaras dengan perkembangan semasa di dalam mewujudkan pembangunan yang mampan, dengan mengoptimakan penggunaan tanah dan pengurusan pembangunan yang cekap telah dilancarkan pada Majlis Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018 yang telah diadakan bertempat di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, di sini.

 

Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018 kelolaan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa membawa tema 'Merancang Untuk Perubahan Ke Arah Pembangunan Yang Mampan' telah dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat.

 

Terdahulu, Pesuruhjaya Perancangan Bandar dan Desa turut menyampaikan kata-kata aluan yang diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat yang diselajurkan dengan pelancaran buku.

 

Semasa berucap, Yang Berhormat turut menyentuh mengenai tema sambutan yang menurutnya amat relevan dalam mendukung rangka dasar dan pelan strategik Kementerian Pembangunan 2018-2023 selaras dengan misinya 'Kehidupan Berkualiti, Pembangunan Berterusan, Negara Makmur'.

 

Yang Berhormat seterusnya menyeru agar lebih banyak promosi-promosi dan kempen-kempen kesedaran diadakan untuk meningkatkan kefahaman orang awam mengenai perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Ini kerana masih lagi didapati pelanggaran peraturan di tahap yang tinggi.

 

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat turut menyaksikan pameran mengenai pelan strategik Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, pelan-pelan pembangunan khususnya Pelan Daerah Brunei dan Muara dan Pelan Setempat Mukim Serasa, Perintah Perancangan Bandar dan Desa 2015 serta perkongsian maklumat mengenai dengan proses menghadapkan permohonan kemajuan dan maklumat garis panduan yang baharu dilancarkan.

 

Hadir sama, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung serta para pegawai di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58