Home > Bahasa Melayu
Borang Ujian Tasmie' Dibukakan 26 Disember Ini
December 18th, 2018 | 10:22 AM | 246 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urusetia Lembaga Tasmie' Menghafaz Al-Quran akan mengadakan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Pusingan Pertama Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi bermula pada bulan Februari 2019 yang dibukakan untuk warganegara dan penuduk tetap sahaja.
Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS yang beralamat di Blok 2H, Tingkat 8, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping (Bangunan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Perempuan), Jalan Ong Sum Ping atau memuat turun melalui Weblog : 'www.pppq-mabims.blogspot.com'.
Tarikh mula mengambil Borang Ujian Tasmie' adalah pada Rabu, 18 Rabiulakhir 1440 bersamaan 26 Disember 2018.
Sementara itu, tarikh tutup permohonan dan penghantaran borang adalah pada Khamis, 3 Jamadilawal 1440 bersamaan 10 Januari 2019 pada jam 8.30 hingga 11.45 pagi dan jam 2.00 hingga 3.00 petang sahaja.
Untuk keterangan lebih lanjut, hubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS melalui talian +673 2237512 / +673 2233364.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]