Home > Bahasa Melayu
KKP Terima Lawatan Kerja TYT
TIMBALAN Menteri Pertanian dan Koperasi, Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Wiwat Salyakamthorn bersama rombongan semasa meninjau tanaman padi di Ladang Penanaman Padi Wasan
December 18th, 2018 | 11:45 AM | 504 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Timbalan Menteri Pertanian dan Koperasi, Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Wiwat Salyakamthorn bersama rombongan dari Kementerian Pertanian dan Koperasi, Thailand berada di negara ini selama tiga hari bagi membuat Lawatan Kerja bermula 16 hingga 19 Disember ini.
Lawatan Kerja itu adalah atas undangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).
Tujuan utama lawatan TYT Dr. Wiwat Salyakamthorn bersama rombongan ke negara ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat kegiatan-kegiatan pertanian di negara ini, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perusahaan tanaman padi, pengurusan tanah asid sulfat dan pengairan.
Lawatan bermula pada sebelah pagi ke beberapa buah Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP), iaitu Ladang Penanaman Padi Wasan, Ladang Penanaman Padi Limau Manis dan Ladang Penanaman Padi Batang Perhentian.
Sepanjang lawatan, TYT diiringi oleh Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Aidah binti Haji Mohd. Hanifah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]