Home > Bahasa Melayu
TYT tinjau Empangan Imang, Ladang KKP Sibongkok
TIMBALAN Menteri Pertanian dan Koperasi, Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Wiwat Salyakamthorn semasa membuat lawatan di Ladang Tunas Harapan di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Sibongkok.
December 18th, 2018 | 11:46 AM | 418 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Timbalan Menteri Pertanian dan Koperasi, Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Wiwat Salyakamthorn bersama rombongan meneruskan lawatan ke dua buah lagi lokasi, iaitu Empangan Imang dan Ladang Tunas Harapan di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Sibongkok.
Lawatan Tuan Yang Terutama ke Empangan Imang adalah untuk menyaksikan sendiri empangan berkenaan yang merupakan sumber pengairan bagi sebahagian ladang-ladang pertanian di Daerah Brunei dan Muara.
Sepanjang lawatan, TYT diiringi oleh Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Aidah binti Haji Mohd. Hanifah.
TYT bersama rombongan seterusnya akan menyampaikan taklimat berkenaan dengan pengurusan tanah pertanian, pengurusan dan pemulihan tanah asid sulfat bagi kawasan penanaman padi juga tanaman lain dan sistem pengairan secara konvensional di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Agro-Teknologi, Wasan yang bakal dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, pengusaha-pengusaha pertanian serta para tenaga pengajar dan penuntut IBTE, Kampus Agro-teknologi pada Selasa, 18 Dismember 2018.
TYT juga akan mengadakan perbincangan dua hala bersama pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) serta Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bagi membincangkan hala tuju projek kerjasama di bawah Memorandum Persefahaman di antara KSSUP dan Kementerian Pertanian dan Koperasi, Thailand.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]