FacebookInstagramTwitterContact

 

Iran Charges Journalists After BBC Report On Teen Protester's Death           >>           Russia Using Chemical Choking Agents In Ukraine, US Says           >>           UCLA: Police Clear Out Pro-Palestinian Encampment And Detain Protesters           >>           Kenya Appoints First Woman Air Force Head           >>           Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote           >>           National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka Bakal Meriahkan BDF 2018


SIDANG Media mengenai Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka 2018 bersama Naib Yang Dipertua RACOBRA juga selaku Pengerusi acara, Awang Mohammad bin Nayan.

 


 December 19th, 2018  |  08:19 AM  |   209 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persatuan Lumba Perahu Kawalan Radio (RACOBRA) buat julung kalinya akan menganjurkan Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka 2018 selama tiga hari bermula dari 21 hingga 23 Disember ini.

 

Perlumbaan adalah bersempena dengan Brunei December Festival (BDF) 2018 yang akan diadakan di Kolam Takungan Bukit Berambun, Kampung Tanah Jambu.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Naib Yang Dipertua RACOBRA juga selaku Pengerusi acara, Awang Mohammad bin Nayan semasa sidang media yang diadakan di Bilik Dayasaing, Jabatan Kemajuan Pelancongan.

 

"Ini adalah merupakan pertama kali perlawanan seumpamanya diadakan secara terbuka khusus bagi peminat lumba perahu kawalan jauh di negara ini atau pun di luar negara," katanya.

 

Sebanyak tujuh kategori akan dipertandingkan, iaitu Class 'A' - Catamaran / Tunnel Hull Open CC Gasoline Local Engine Modified; Class D - Vee / Mono Hull Open CC Gasoline Local Engine Modified; Class 'E' - Vee / Mono Hull Imported Marine Gasoline Engine 26cc - 28cc; Class 'F' Catamaran / 'Tunnel Hull Imported Marine Gasoline 26cc- 28cc; Class 'G' -Vee / Mono Hull Imported Marine Gasoline 26cc-35cc(Open CC); Class 'H' Catamaran /T unnel Hull Imported Marine Gasoline 26cc-35cc(Open CC) dan Class 'I' - Hydro and Rigger Imported Marine Gasoline Open CO.

 

Timbalan Pengerusi perlawanan, Awang Haji Khalidin bin Haji Mohd. Jamil turut menjelaskan mengenai jumlah penyertaan yang diterima adalah sebanyak 67 penyertaan yang bakal menampilkan lebih 250 buah perahu daripada dalam dan luar negara.

 

"Para pemenang yang bertuah bagi setiap kategori nanti akan membawa pulang piala iringan dan hadiah berupa wang tunai," tambahnya.

 

Dengan adanya perlumbaan tersebut, secara tidak langsung dapat mengetengahkan sukan itu disamping dapat mengeratkan perpaduan dan silaturahim di antara penggemar-penggemar aktiviti berkenaan.

 

Ianya juga dapat memberi pengetahuan dalam mengawal, mencipta, menanamkan daya saing di kalangan pemain mahupun penggemar-penggemar sekali gus membentuk generasi yang lebih berwawasan dan berkesan.

 

Dengan adanya anjuran tersebut, secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu taraf sukan berkenaan ke peringkat yang dapat dibanggakan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa dan setentunya dapat menarik peserta-peserta dan pengunjung-pengunjung dari luar negeri untuk ke Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47