FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kagumi Perancangan Penempatan Kampong Ayer


ROMBONGAN Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Hajah Masnah binti Matsalleh menyaksikan maklumat dan penerangan mengenai sejarah Kampong Ayer yang dipamerkan di Taman Mahkota Jubli Emas.

 


 December 19th, 2018  |  08:26 AM  |   333 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rombongan seramai 26 warga Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah (JPBW) berada di negara ini dalam rangka kunjungan rasmi selama empat hari bagi mempelajari urus tadbir penempatan perkampungan di atas air yang lebih bersistematik.

 

Delegasi yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Hajah Masnah binti Matsalleh hari ini mengadakan lawatan ke Taman Mahkota Jubli Emas di ibu negara dan beberapa buat tempat di Kampong Ayer.

 

Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, Hajah Masnah melahirkan rasa kagum dengan keindahan Taman Mahkota Jubli Emas dan merasakan rakyat Brunei amat beruntung mempunyai kemudahan di tengah bandar untuk beriadah dan menjalankan aktiviti fizikal.

 

Menyentuh mengenai lawatan ke negara ini, Hajah Masnah dan rombongan berhasrat untuk mengetahui prosedur dan tatacara perancangan penempatan perkampungan di air, memandangkan Negeri Sabah berhadapan isu masalah penempatan yang tidak bersistematik dan pihak Brunei Darussalam mempunyai urus tadbir dan sistem yang sangat teratur.

 

Oleh itu, katanya, dapatan dari lawatan ini akan dicedok dan dibuat satu garis panduan perumahan atas air yang akan disesuaikan dengan situasi di Negeri Sabah.

 

Lawatan diteruskan ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer dan ke salah sebuah rumah di bawah Projek Perintis Menaik Taraf Kampong Ayer di Kampung Lurong Sekuna, di mana mereka berkesempatan menyaksikan demo vakum dan rumah pam vakum yang merupakan sistem pembetungan yang bersistematik di Kampong Ayer.

 

Rombongan kemudian meneruskan lawatan ke Kampung Sungai Bunga bagi melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti tempat beribadat, penyelenggaraan sampah, kemudahan keselamatan dan sebagainya.

 

Antara objektif kunjungan ini ialah bagi mewujudkan platform untuk kolaborasi dalam bidang perancangan bandar, di samping mengkaji isu-isu pemilikan tanah dan penyediaan kemudahan di atas air, serta memberikan pendedahan kepada perancang bandar menghasilkan garis panduan penempatan atas air yang lebih bersepadu di Negeri Sabah.

 

Hadir bagi mengiringi rombongan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Salminan bin Haji Burut; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Ali bin Mat Yassin serta pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58