FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Sifat Kepimpinan Kalangan Kanak-Kanak


TETAMU Kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash’ari semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

 


 December 19th, 2018  |  08:28 AM  |   267 views

MUKIM MENTIRI

 

Program Tanmiatul Aqli anjuran Majlis Perundingan Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri yang diadakan selama dua hari berakhir dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan Majlis Penutup program ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

 

Yang Berhormat semasa menyampaikan ucapannya berharap melalui program sebegini akan dapat membina sifat ingin tahu dan meneroka minda kanak-kanak dan membuka minat untuk mengikuti lebih banyak aktiviti, terutama aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan.

 

Program sebegini tambahnya, juga akan dapat memupuk sifat kepimpinan, komunikasi dan sifat pemberani dari usia yang muda.

 

''Program-program sebeginilah yang sangat diperlukan, terutama sekali pada waktu cuti sekolah agar para pelajar, terutama kanak-kanak, akan dapat menghabiskan masa dengan lebih berfaedah. Diharap ilmu dan pengalaman yang ditimba bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi dapat dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan sebaya masing-masing,'' jelas Yang Berhormat.

 

Menurutnya lagi, muda atau tua kita semua mempunyai peranan dalam melihat negara ini mencapai Wawasan Brunei 2035 dan memang bersesuaian sekali pendedahan dibuat awal. Apalah masa depan kita kalau bukan kanak-kanak sekarang yang memimpinnya.

 

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada peserta dan fasilitator dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada kumpulan aktif dan kreatif.

 

Pemenang tempat pertama bagi kumpulan aktif dan kreatif ialah Kumpulan Fatihatun Waqi'ah, manakala tempat kedua diraih oleh Kumpulan Islamic Team dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan Paskal.

 

Program Tanmiatul Aqli yang julung kali diadakan ini merupakan program pembangunan minda untuk mendidik dan menyemai golongan kanak-kanak, khususnya dengan nilai-nilai murni bagi membentuk akhlak yang baik di samping bagi membantu mengisikan masa lapang sempena cuti penggal akhir persekolahan tahun 2018.

 

Seramai 60 peserta terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun menyertai program tersebut yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Mentiri.

 

Program dua hari itu diisikan dengan pelbagai sesi interaktif, ceramah serta lawatan ke tempat-tempat menarik, di mana seramai 20 belia kampung dan Belia Masjid Hassanal Bolkiah, Mentiri menjadi fasilitator bagi menjayakan program berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58