FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mou Kukuhkan Kerjasama Pelbagai Hala


DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian semasa berucap di majlis tersebut.

 


 December 19th, 2018  |  08:30 AM  |   352 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Visi Persatuan 'One Belt One Road' (OBOR) Brunei - China adalah untuk memberi sumbangan positif melalui Inisiatif OBOR untuk mempromosikan pembangunan sosioekonomi Brunei.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Presiden persatuan berkenaan, Jackson Ting Jack Hing pada Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Persatuan OBOR Brunei - China bagi Sesi 2019 - 2021 yang berlangsung di Tarindak D'Seni, di sini.

 

Oleh itu, jelasnya, misi Persatuan OBOR Brunei - China adalah untuk mewujudkan platform bagi menggalakkan dan memupuk perniagaan, perdagangan, pelaburan dan pertukaran budaya antara Brunei dan China.

 

Sementara itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China Ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian semasa berucap di majlis tersebut pula menjelaskan, penubuhan Persatuan OBOR Brunei - China mewakili usaha lain dari komuniti perniagaan swasta di Brunei untuk memperluaskan kerjasama ekonomi dan pertukaran rakyat di antara kedua-dua negara.

 

Seramai 29 Ahli Jawatankuasa mengangkat sumpah untuk penerimaan jawatan OBOR Bagi Sesi 2019 - 2021 yang disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku tetamu kehormat dan PYT Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis seterusnya menyaksikan tujuh penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian.

 

Perjanjian Kerjasama bagi Projek Pembiakan Tiram (Oyster) di antara Guangxi Nanyang Marine Technology Company Limited dan E-Oceanic Product Sendirian Berhad.

 

Menandatangani bagi Guangxi Nanyang Marine Technology Company Limited ialah Pengurus Am, Zho Wei, manakala E-Oceanic Product Sendirian Berhad diwakili oleh Pelabur, Tan Too Liang.

 

Bagi Perjanjian Biasiswa di antara Guangxi Beibu Gulf University dan Persatuan OBOR Brunei - China, menandatangani bagi universiti tersebut, Profesor Yuu Tar Hui dan Naib Presiden Persatuan OBOR Brunei - China, Lim Han Chiong menandatangani bagi pihak persatuan berkenaan.

 

Sementara penandatanganan MoU bagi Minggu Kanak-Kanak Brunei antarabangsa di antara Beijing Haixiu International Conference dan Exhibition Company Limited dengan D'Sunlit Sendirian Berhad pula, Beijing Haixiu International Conference dan Exhibition Company Limited diwakili oleh Pengarah Urusannya, NanNan dan Pengurus, Ting Chui San menandatangani bagi pihak D'Sunlit Sdn. Bhd.

 

Bagi penandatanganan MoU China Educational Channel (CECTV) dengan Persatuan OBOR Brunei - China bagi penubuhan Pejabat Brunei dan Universiti Komunikasi Antarabangsa, CECTV diwakili oleh Pengarahnya, Li Shi Qiang dan Presiden Persatuan OBOR Brunei-China, Jackson Ting bagi pihak persatuan tersebut.

 

Penandatanganan MoU CECTV bagi Pengurniaan Biasiswa kepada Kementerian Pendidikan Brunei pula, Pengarahnya, Li Shi Qiang mewakili CECTV dan pihak persatuan berkenaan ditandatangani oleh Presiden Persatuan OBOR Brunei - China.

 

Manakala penandatanganan MoU bagi Kerjasama Strategik Pelancongan Brunei - China di antara New Element (Beijing) International Travel Company Limited dan Persatuan OBOR Brunei - China, Pengurus Am, Helen Wang menandatangani bagi pihak New Element (Beijing) International Travel Company Limited dan persatuan tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Persatuan OBOR Brunei - China.

 

Penandatanganan seterusnya ialah MoU Block Chain Technology dan Halal Product Platform antara Aw Ying (Beijing) Communication Technology Company dan Wu-Xi Ee-Pee-Tar Semi Conductor IT Technology Company dan Persatuan OBOR Brunei - China.

 

Wakil Aw Ying (Beijing) Communication Technology Company ditandatangani oleh, Michael Xiao, wakil Wu-Xi Ee-Pee-Tar Semi Conductor IT Technology Company diwakili oleh Jason Lim dan Persatuan OBOR Brunei - China diwakili oleh Pengarah Pematuhan, Lee Yew Choh.

 

Dalam pada itu, Pembentukan Persatuan OBOR Brunei - China telah diluluskan secara rasminya oleh Pendaftar Pertubuhan Brunei pada 20 Oktober 2018.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58