Home > Bahasa Melayu
Aktiviti Kekeluargaan Eratkan Tali Persaudaraan
PARA pemenang bergambar ramai pada penyampaian hadiah acara Fun Day Keluarga Awang Haji Zunaidi di Kampung Tanjong Maya, Tutong.
December 20th, 2018 | 07:50 AM |
166 views
TUTONG
Bersempena cuti persekolahan akhir tahun, bermacam-macam aktiviti dirancang bagi mengisi masa lapang bersama keluarga seperti pergi melancong keluar negara, beriadah dan mengadakan perkhemahan.
Baru-baru ini keluarga Awang Haji Zunaidi mengadakan acara Fun Day Keluarga berbentuk acara sukan, bertempat di Kampung Tanjong Maya, Tutong.
Menurut salah seorang ahli keluarga mengatakan dengan acara sebegini ia dapat mengumpulkan semua ahli keluarga dan lebih-lebih lagi yang jarang bertemu kerana urusan kerja dan tinggal di daerah lain dan berjauhan. Dengan adanya sukan sedemikian, ia dapat membantu mengeratkan lagi silaturahim dan mengenal keluarga yang jauh.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]