FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Perancangan Tingkatkan Pengeluaran Beras


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa hadir pada sesi Perbincangan Dua Hala tersebut.

 


 December 20th, 2018  |  07:56 AM  |   286 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong berkata, Negara Brunei Darussalam dan Thailand mempunyai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kerajaan Thailand yang akan berkuat kuasa sehingga 24 Mac 2020.

 

Menurut Yang Berhormat, MoU tersebut meliputi skop kerjasama luas yang merangkumi, Inisiatif Halal Brunei dalam bidang perniagaan; Pertanian termasuk haiwan, perikanan, tumbuhan, pengairan, pengurusan tanah dan pembangunan koperasi; Kerjasama dan koordinasi dalam organisasi antarabangsa dan serantau yang relevan; dan Bidang kepentingan yang lain yang dipersetujui oleh pihak bersama.

 

''Saya berharap dengan lawatan Tuan Yang Terutama ke beberapa Kawasan Pengeluaran Beras (Wasan, Batang Perhentian dan Limau Manis); Kawasan Pembangunan Pertanian di Sibongkok dan Imang Dam akan memberi gambaran mengenai pembangunan serta cabaran yang dihadapi oleh Negara Brunei Darussalam dalam usaha kita untuk meningkatkan pengeluaran pertanian melalui peningkatan produktiviti tanaman,'' ujar Yang Berhormat pada Perbincangan Dua Hala di antara KSSUP negara ini dengan Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kerajaan Thailand yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, kementerian berkenaan.

 

Dari pemahaman yang diperoleh semasa lawatan dan perbincangan, Yang Berhormat juga berharap, mereka akan dapat mengenal pasti dan menentukan kemungkinan projek yang boleh difokuskan di bawah MoU.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, melalui Perbincangan Dua Hala ini akan dapat berkongsi rancangan untuk membangunkan pengeluaran beras 500 hektar di Kandol, Daerah Belait dan berharap, Thailand, melalui urusan 'Business to Business' mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengambil bahagian dalam Projek Pengeluaran Beras Kandol berkenaan.

 

Yang Berhormat seterusnya berharap kerjasama tersebut akan memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua Negara Brunei Darussalam dan Thailand, terutamanya dalam bidang pertanian serta sektor perikanan.

 

Pada perbincangan tersebut, pihak Kerajaan Thailand telah diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Koperasi, Kerajaan Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Wiwat Salyakamthorn.

 

Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Setiausaha Tetap KSSUP, Pengiran Haji Kamalrudzaman bin Pengiran Haji Mohd. Ishak; Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Kerajaan Thailand di Brunei Darussalam, Tuan Rooge Thammongkol; Timbalan Setiausaha Tetap, KSSUP, Awang Abdul Halidi bin Mohd. Salleh, delegasi-delegasi dari Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kerajaan Thailand dan pegawai-pegawai kanan dari KSSUP.

 

Perbincangan Dua Hala ini bertujuan untuk membincangkan projek-projek kerjasama yang akan dilaksanakan di bawah Memorandum Persefahaman di antara KSSUP, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kerajaan Thailand yang telah pun ditandatangani pada 25 Mac 2015.

 

Di samping itu, Perbincangan Dua Hala tersebut juga adalah untuk berkongsi maklumat dan buah fikiran, khususnya terhadap hasil-hasil daripada lawatan kerja TYT Dr. Wiwat Salyakamthorn berserta delegasi-delegasi dari Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kerajaan Thailand ke ladang-ladang pertanian di negara ini, terutama dalam usaha untuk merawat tanah pertanian yang mempunyai kandungan asid yang tinggi dan masalah berkaitan sumber air yang tidak mencukupi.

 

Dalam kesempatan tersebut, KSSUP juga telah mengongsikan rancangan pengeluaran beras seluas 500 hektar di Kandol, Daerah Belait serta mempelawa pihak swasta yang berpengalaman dalam penanaman padi dari Kerajaan Thailand yang berminat untuk ikut serta dalam projek tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58