FacebookInstagramTwitterContact

 

How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           People Struggle To Understand What's Really Happening In 'Genius' Optical Illusion           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Bachelor Nation’s Peter Kraus Engaged To Girlfriend Hana Ostapchuk After One Year Of Dating           >>           Switzerland Beat Iceland To Keep Knockout Hopes Alive At Euros           >>           Euro 2025: Norway On Brink Of Quarterfinals After Finland Win           >>           Jhon Duran Joins Fenerbahce On Loan 6 Months After Al Nassr Transfer           >>           First Round Of Gaza Ceasefire Talks Ends Without Breakthrough           >>           Eurostar Train Evacuated During Nine-Hour Delay In Northern France           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PPDB Eratkan Silaturahim Bersama PK


UNIT Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar, Daerah Polis Temburong membuat pendekatan ke kediaman Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Merusin.

 


 December 21st, 2018  |  08:49 AM  |   179 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi mempertingkatkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat ahli Pengawasan Kejiranan (PK) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), aktiviti-aktiviti bersama ahli-ahli PK terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

 

Di Daerah Belait, Balai Polis Sungai Labi menggerakkan Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah bersama ahli PK Kampung Merangking pada 19 Disember.

 

Turut hadir, Pemangku Ketua Kampung Merangking, Awang Raimey bin Abdullah bersama beberapa ahli PK Kampung Merangking.

 

Operasi rondaan dijalankan secara berjalan kaki dan menggunakan kenderaan di sekitar kawasan Kampung Merangking.

 

Rondaan selama dua jam tersebut diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd. Nazmi bin Haji Ismail bersama anggota-anggota balai.

 

Dalam masa yang sama, Balai Polis Seria juga menjalankan Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah bersama ahli PK Kampung Panaga 2000 di sekitar kawasan RPN Kampung Panaga 2000.

 

Hadir menyertai rondaan Pemangku Penghulu Mukim Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim bersama tujuh ahli PK Kampung Panaga 2000. Anggota-anggota balai diketuai oleh Focal Point Unit PK Balai Polis Seria.

 

Semasa rondaan pencegahan jenayah dijalankan, tidak ada menjumpai sebarang kejadian jenayah atau kegiatan yang mencurigakan berlaku.

 

Manakala di Daerah Temburong, Unit PK Balai Polis Bangar, Daerah Polis Temburong membuat pendekatan ke kediaman Penghulu Mukim Bangar, Awang Haji Abdul Rahman bin Merusin.

 

Menyertai program tersebut ialah ahli-ahli PK Kampung Puni seramai lapan orang dan aktiviti diselajurkan dengan majlis doa selamat dan kesyukuran.

 

Hadir mengetuai, Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Alif Nur Khaliq bin Haji Mat Rasil bersama 10 anggota balai.

 

Program pendekatan tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk meningkatkan keyakinan komuniti setempat dalam soal keselamatan masyarakat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58