FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dua Pelajar Terima Biasiswa The Chancellor's Scholar


GAMBAR ramai Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire, Pengiran Hajah Rooslina Weti binti Pengiran Haji Kamaluddin

 


 December 23rd, 2018  |  08:44 AM  |   531 views

LONDON, UNITED KINGDOM

 

Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengadakan Majlis Penandatanganan Perjanjian Biasiswa The Chancellor's Scholar bersama dua orang penerima biasiswa di Hilton Park Lane Hotel, London pada 21 Disember 2018.

 

Hadir bagi menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom (UK) dan Eire, Pengiran Hajah Rooslina Weti binti Pengiran Haji Kamaluddin dan Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

 

Turut hadir, pegawai-pegawai dari UBD dan Kementerian Pendidikan, Unit Penuntut-Penuntut di UK dan penerima-penerima Biasiswa The Chancellor's Scholar serta ahli keluarga.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut, UK, Awang Isham bin Awang Ismail.

 

Setiausaha Jawatankuasa Biasiswa The Chancellor's Scholar, Awang Haji Mohammad Ramli bin Haji Mohd. Jaafar selaku Pengerusi Majlis Penandatanganan Perjanjian Biasiswa The Chancellor's Scholar dalam kata alu-aluannya memaklumkan bahawa ini merupakan kali keenam Biasiswa The Chancellor's Scholar dianugerahkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2012 dan merupakan salah satu usaha UBD untuk meningkatkan kapasiti anak tempatan.

 

Setiap penerima Biasiswa The Chancellor's Scholar jelasnya, akan menerima bimbingan dan 'mentorship' dari UBD, akses kepada makmal penyelidikan dan Perpustakaan UBD serta subsidi bagi menghadiri persidangan atau projek penyelidikan untuk mengasuh perkembangan mereka secara menyeluruh.

 

Beliau juga menekankan bahawa setiap penerima Biasiswa The Chancellor's Scholar berperanan sebagai 'role model' bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari sikap dan disiplin bagi menegakkan sifat-sifat murni Melayu Islam Beraja.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan penandatanganan perjanjian biasiswa di antara UBD yang diwakili oleh Naib Canselor dan penerima-penerima biasiswa, iaitu Adeline Poh Wern Jihn yang akan mengikuti pengajian PhD dalam bidang Organic Chemistry di University of Oxford dan Dayang Siti Nurhazimah binti Awang Mahmud yang sedang mengikuti pengajian Master of Science dalam bidang Advanced Mechanical Engineering di Imperial College London.

 

Biasiswa bagi penerima-penerima tersebut bermula pada tarikh penganugerahan yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 22 Disember 2018.

 

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama penerima-penerima Biasiswa The Chancellor's Scholar serta keluarga.

 

Biasiswa The Chancellor's Scholar adalah satu biasiswa yang berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan setakat ini seramai 11 orang telah dianugerahkan biasiswa tersebut.

 

Ia dibukakan kepada para pelajar cemerlang yang mengikuti program di universiti-universiti terkemuka dan ingin menceburi kerjaya akademik. Selain dari menerima bimbingan dan 'mentorship' dari UBD, setiap penerima Biasiswa The Chancellor's Scholar juga akan menjalani program pembangunan dan penempatan di UBD dan di beberapa institusi rakan UBD yang berprestij bagi pertumbuhan akademik dan kepimpinan mereka. Setelah selesai pengajian, penerima-penerima biasiswa tersebut insyaaAllah akan menyumbang sebagai ahli tenaga akademik di UBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58