FacebookInstagramTwitterContact

 

Twins Compare Welsh And English People In Cheeky Vids That Leave People Giggling           >>           Elon Musk Is Reportedly Planning An Xai Supercomputer To Power A Better Version Of Grok           >>           How Barcelona Fans Turned Bilbao Into Camp Nou In UWCL Final           >>           Rossi Brace Helps Crew Beat Orlando To Extend Road Win Streak           >>           PSG Beat Lyon In French Cup Final To Clinch Domestic Treble           >>           PSG Will Win Champions League Despite Mbappé Exit – Enrique           >>           Robert Taylor Helps Short-Handed Inter Miami Beat Vancouver           >>           Hamas Launches Rocket Attack Towards Tel Aviv Area           >>           Turbulence On Doha-Dublin Flight Leaves 12 Injured           >>           Trump Booed At Libertarian Convention           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tanam Rasa Tanggungjawab, Penghargaan Ikhlas Kepada Kerajaan


 


 December 27th, 2018  |  06:44 AM  |   221 views

SENGKURONG

 

Sumber manusia adalah aset bagi pembangunan sesebuah negara, menyedari ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tanpa kendur-kendurnya ingin menekankan, bahawa pendidikan, sama ada formal, tidak formal mahupun latihan berterusan adalah pelaburan tertinggi negara.

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus memberi peluang kepada para pelajar yang terpilih untuk mengikuti pengajian di luar negara melalui pelbagai Skim Biasiswa.

 

Ini antara perkara yang terkandung di dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa berkenan mengurniakan titah pada Majlis Bersama Rakyat dan Peduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom (UK) dan Ireland serta Penganugerahan Biasiswa The Chancellor's Scholar Universiti Brunei Darussalam pada 22 Disember 2018. Majlis berlangsung di Hotel Hilton on Park Lane di London.

 

Dalam titah baginda juga menjelaskan, di mana para pelajar itu, sama ada melalui Biasiswa Kerajaan, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan, Biasiswa Agensi-agensi lain mahupun pembiayaan sendiri hendaklah menggunakan peluang ini untuk benar-benar menimba ilmu dan kemahiran, bukan untuk kepentingan diri sahaja, malahan juga untuk bangsa, agama dan negara.

 

Baginda juga turut menekankan terutama melalui Skim Biasiswa Kerajaan ke luar negara, adalah diharapkan, supaya para pelajar setelah menamatkan pengajian mereka nanti, akan kembali ke tanah air untuk sama-sama memikul tanggungjawab membangun negara.

 

Titah baginda lagi bahawa masih terdapat dalam kalangan pelajar Biasiswa Kerajaan baginda yang tidak mengotakan janji, dengan mereka itu enggan pulang ke tanah air untuk menabur khidmat kepada negara dan perkara ini amatlah menyedihkan.

 

Oleh itu, baginda menyarankan supaya pihak-pihak berkenaan dapat memikirkan langkah tegas untuk mengenakan tindakan yang bersesuaian ke atas para pelajar seumpama ini, selaras dengan perjanjian yang telah dipersetujui oleh mereka semasa penganugerahan biasiswa.

 

Pada majlis tersebut, baginda juga berkenan mengumumkan perubahan kadar Elaun Sara Hidup (termasuk Elaun Perjalanan) bagi penuntut yang belajar, khususnya di UK dan Ireland mulai 1 Januari 2019.

 

Sehubungan itu, dalam temu bual bersama Pelita Brunei menyentuh titah Kebawah DYMM baru-baru ini, Dayang Masita dari Mukim Sengkurong, yang pernah menuntut di salah sebuah universiti di Wales, UK sekitar tahun 2008 - 2009 menyokong penuh mengenai titah Kebawah DYMM tersebut.

 

Menurutnya, perkara tersebut sudah harus dimaklumi oleh para pelajar sebelum mereka menjejakkan kaki ke negara asing untuk melanjutkan pengajian mereka, daripada itu, rasa tanggungjawab, jati diri dan rasa terima kasih kepada pihak Kerajaan Kebawah DYMM perlu ada dalam diri setiap pelajar masing-masing.

 

''Penuntut tersebut perlu ada kesedaran mentaliti bahawa pihak kerajaan kita sudah banyak memberikan pelbagai kemudahan dan insentif, selain daripada elaun dan sebagainya bagi kemudahan mereka di perantauan, jadi adalah wajar bagi mereka untuk menanamkan rasa tanggungjawab dan penghargaan ikhlas kepada kerajaan dengan tidak sabar-sabar untuk menabur khidmat bakti mereka pada negara kita sendiri,'' jelasnya.

 

Mengulas mengenai pelajar yang enggan untuk kembali ke tanah air, beliau turut menyatakan bahawa ia memang satu perkara yang mengecewakan, namun hal ini perlu ada pendekatan lanjut dari kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pelajar), umpamanya pegawai yang bertanggungjawab itu perlu memastikan para penuntut yang sudah menamatkan pengajian kembali ke tanah air, seterusnya berusaha untuk memajukan diri mereka, sama ada bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta.

 

''Namun, kebanyakan penuntut yang enggan pulang adalah kalangan penuntut yang cemerlang, jadi dari segi persediaan pekerjaan di negara kita juga harus diperbaiki supaya pihak kerajaan dapat mengurus dan mengekalkan aset yang bernilai ini, contoh dengan mengadakan skim-skim baharu, khusus bagi bakal pegawai yang cemerlang ini,'' ujarnya lagi.

 

Menyentuh mengenai pengurniaan perubahan kadar Elaun Sara Hidup (termasuk Elaun Perjalanan) bagi penuntut yang belajar, khususnya di UK dan Ireland mulai 1 Januari 2019 jelasnya, alhamdulillah dengan adanya kenaikan kadar elaun tersebut, ia sudah setentunya akan dapat menyemarakkan lagi semangat penuntut kitani untuk lebih maju jaya di dalam bidang masing-masing tanpa memikirkan masalah kewangan juga berasa tidak sabar untuk berbakti kepada negara nanti.

 

''Sememangnya kenaikan tersebut sangat diperlukan oleh penuntut di UK, terutama yang tinggal di kawasan taraf kehidupan yang tinggi seperti di kawasan-kawasan bandar raya London. Jadi memang sudah tiba masanya untuk mengemas kini kadar elaun tersebut setelah berdekad-dekad menggunakan kadar elaun yang lama.

 

''Dan berdasarkan keadaan iklim ekonomi semasa (terutama kadar pertukaran mata wang pada masa kini), jadi perkara itu amatlah perlu dan wajar untuk mencukupi atau menampung perbelanjaan di sana, kerana masih saja ada sesetangah ibu bapa yang perlu mengirim wang perbelanjaan untuk menampung keperluan anak-anak mereka atau sesetengah penuntut masih perlu mendapatkan pekerjaan sampingan di sana,'' terang beliau lagi.

 

Bagi Puan Amaniah dari Mukim Berakas, yang pernah menuntut di Mannheim, Germany sekitar tahun 2004 - 2007 pula berpendapat pengurniaan Biasiswa Kerajaan, bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan pendidikan terbaik bagi pelajar yang terpilih.

 

Tetapi matlamat utama kerajaan menghantar pelajar untuk belajar di luar negara adalah untuk mereka membawa pulang pengetahuan dan pengalaman baharu untuk mereka terapkan, adaptasi, mengguna pakai dan menyumbang kepakaran mereka ini untuk membentuk dan memajukan masa depan negara secara positif.

 

''Ini merupakan salah satu sebab kenapa Kebawah DYMM bertitah sedemikian menekankan para pelajar tersebut untuk tidak memungkiri janji dan kembali ke tanah air untuk menyumbang dan menabur bakti kepada pembangunan negara kita sendiri, dan ia adalah satu tindakan yang wajar dan perlu kerana kalau bukan kita sendiri yang menolong membangunkan negara, siapa lagi kan berbakti?,'' terangnya.

 

Menyentuh mengenai isu kalangan penuntut yang masih memilih untuk tidak pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian mereka jelasnya, adalah berkemungkinan antara sebab-sebabnya ialah pengetahuan dan pengalaman baharu mereka ini sesetengahnya tidak dialu-alukan dan tidak diadaptasi ke dalam sistem kerajaan yang sedia ada dan enggan untuk menerima pembaharuan, yang berkemungkinan juga boleh menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan sesetengahnya berasa tidak atau kurang dihargai pengetahuan dan pengalaman mereka.

 

Selain itu tambahnya, peluang kerjaya yang terhad dan gaji yang lebih rendah berbanding bekerja di luar negara boleh sahaja menjadi sebahagian penyebab berlakunya perkara sedemikian, walau bagaimanapun hal ini mungkin sahaja boleh diatasi dengan 'narrowing-down' keperluan biasiswa yang ditawarkan.

 

Sebagai contoh jelasnya, pihak yang berkenaan boleh sahaja untuk tidak menawarkan atau menyarankan kepada para pelajar untuk mengambil bidang program Degree atau Masters yang mungkin boleh menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk memohon pekerjaan di kemudian hari kelak, dan pihak kerajaan mahupun swasta juga perlu memperluaskan lagi skop bidang pekerjaan di negara ini.

 

''Contoh seperti teman saya yang mengambil bidang 'biotechnology', namun tidak dapat beliau aplikasikan bidang tersebut di negara ini, kerana bidang 'biotech' masih dikira sebagai satu bidang yang baharu di Brunei dan permohonannya adalah sangat terhad,'' ujarnya.

 

Selain itu, beliau juga berpendapat bahawasanya sudah tiba masanya pihak kerajaan perlu mengemas kini peruntukan gaji bagi penjawat awam di negara ini, yang boleh sahaja dicadangkan untuk ditambah atau dinaikkan lagi gaji sebagai salah satu insentif pihak kerajaan untuk menarik perhatian mereka untuk mahu bekerja di negara kita berdasarkan penselarasan gaji setanding dengan sekala gaji di luar Negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

UN Fears 670 People Buried Under Papua Landslide

 2024-05-27 01:16:59

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06