Home > Bahasa Melayu
Penyertaan Brunei Gastronomy Week 2019 Masih Dibukakan
PARA peserta dikehendaki untuk memasak dengan menggunakan kunyit sebagai bahan yang dimestikan.
December 27th, 2018 | 06:56 AM | 342 views
TUTONG
Jabatan Kemajuan Pelancongan mengadakan Chef Retreat Programme bersempena dengan Brunei Gastronomy Week 2019 yang berlangsung di Eco Ponies Garden, Lamunin, Tutong, di sini.
Hadir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan, Dayang Salinah binti Haji Md. Salleh.
Acara tersebut diisikan dengan sesi 'ice breaking' dan pertandingan masakan yang mewajibkan penggunaan kunyit, selaras dengan tema Brunei Gastronomy Week yang bakal berlangsung tahun hadapan nanti.
Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan, Dayang Salinah binti Haji Md. Salleh ketika ditemu bual menjelaskan, Chef Retreat Programme tersebut merupakan platform bagi persediaan Brunei Gastronomy Week 2019 untuk para peserta yang terdiri daripada tukang masak atau cef-cef daripada hotel dan restoran bertukar-tukar pandangan atau 'brainstorming'.
"Diharapkan dengan aktiviti seperti ini akan memberikan semangat lagi kepada cef-cef di luar sana untuk ikut serta dalam Brunei Gastronomy Week tahun hadapan dan akan menyediakan menu-menu yang baharu," jelasnya lagi.
Penyertaan bagi mengikuti Brunei Gastronomy Week 2019 masih lagi dibukakan hingga penghujung bulan Januari 2019, untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan melalui talian +673 2380022 atau menerusi e-mel di '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]