Home > Bahasa Melayu
Operasi Sepadu Hujung Tahun
OPERASI Sepadu sempena malam tahun baru di alamat No 5, Simpang 267-9- 40 Kampung Rimba (ABMS Staff House).
January 2nd, 2019 | 07:15 AM | 303 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Unit Pecah Rumah dan Curi Kereta dari Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah menjalankan Operasi Sepadu sempena malam tahun baharu di alamat No 5, Simpang 267-9- 40 Kampung Rimba (ABMS Staff House).
Hasil dari pemeriksaan tersebut telah menahan dua warga asing dan seorang penduduk tetap.
Kesemua suspek dibawa ke pejabat Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Perintah Eksais 2006 Seksyen 146(1)(d) berhubung kesalahan memiliki barang tegahan.
PPDB melalui Jabatan Siasatan Jenayah bersama Agensi-Agensi Penguatkuasa Undang-Undang akan sentiasa membuat pemantauan dan mengesan penjenayah-penjenayah yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi peraturan di negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]