FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perjumpaan Suku Tahun PPDB Bersama Ahli PK Temburong


PERJUMPAAN Suku Tahun Kali Ke-4 / 2018 Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta agensi kerajaan bagi Daerah Temburong telah diadakan di Dewan Muafakat, Pejabat Daerah Temburong.

 


 February 6th, 2019  |  06:59 AM  |   492 views

TEMBURONG

 

Perjumpaan Suku Tahun Kali Ke-4 / 2018 Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta agensi kerajaan bagi Daerah Temburong telah diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan Muafakat, Pejabat Daerah, Temburong.

 

Hadir bagi mempengerusikan mesyuarat berkenaan ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Yang Mulia Timbalan Penguasa Polis (DSP) Pengiran Muhaimin bin Pengiran Haji Mustafa bersama Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Alif Nur Khaliq bin Haji Mat Rasil; Sarjan Major 2547 Seperidin anak Dingai beserta ahli-ahli Focal Point dan anggota Balai.

                       

Turut hadir pada pemuzakarahan tersebut para Penasihat dan Pengerusi PK terdiri daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu juga selaku Penghulu Mukim Bokok, Penghulu, Ketua-ketua Kampung, Ketua Cawangan Keselamatan Dalam Negeri Daerah Temburong, Pegawai Pemerintah Kompeni 'E' Perkhemahan Bangar serta ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) di Daerah Temburong.

 

Menerusi perjumpaan berkenaan, ia memberikan peluang untuk membincangkan berhubung dengan statistik jenayah dan kemalangan lalu lintas serta cara mengatasi pencegahan jenayah dengan kawalan rondaan malam di kawasan persekitaran kampung.

 

Selain itu, dalam perjumpaan ini memudahkan bagi Penghulu dan Ketua Kampung menyampaikan pandangan dan isu-isu permasalahan yang dihadapi dan sama-sama bersikap prihatin serta pemeduli dalam memastikan rakyat dan penduduk serta masyarakat hidup dengan sejahtera.

 

Perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi perhubungan mesra yang terjalin di antara agensi kerajaan yang hadir, Penghulu Mukim, Ketua Kampung bersama PPDB bagi sama-sama berganding bahu memajukan dan meningkatkan fokus hidup bermasyarakat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55