FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPKE Nasihatkan Peniaga Patuhi Akta Kawalan Harga


 


 February 9th, 2019  |  06:49 AM  |   349 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua puluh (20) premis perniagaan didapati tidak mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan tanda harga bagi bulan Januari 2019.

 

Kesalahan-kesalahan tersebut didapati semasa pemeriksaan rutin harian di seluruh negara, yang mana Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) telah mengeluarkan dua Kompaun masing-masing berjumlah BND700, lapan kompaun masing-masing berjumlah BND500 dan 11 notis amaran.

 

Sebahagian syarikat perniagaan berkenaan didapati menjual beberapa jenama minyak masak dan susu tepung anak damit melebihi harga maksima yang ditetapkan oleh JPKE dan menjual beras melebihi harga maksima yang ditetapkan oleh pengawal selia sektor berkenaan manakala syarikat-syarikat perniagaan lain didapati tidak membubuhkan tanda harga pada barangan yang dipamerkan.

 

JPKE sering menasihatkan para peniaga agar sentiasa mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dengan memastikan barangan yang dikawal harga tidak dijual melebihi harga maksima yang ditetapkan dan barangan yang dijual dibubuh tanda harga yang jelas.

 

Para peniaga dan pengguna boleh mendapatkan harga maksima terkini dari aplikasi mudah alih PenggunaBijak / SmartConsumer dan laman sesawang JPKE di 'www.depd.gov.bn/cad'.

 

Aplikasi mudah alih ini meningkatkan ketelusan harga melalui fungsi perbandingan harga yang membantu pengguna membuat keputusan pembelian. Peningkatan ketelusan harga juga memupuk keyakinan para pengguna serta meningkatkan penggunaan yang berdaya tahan yang mana merupakan faktor-faktor penting dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang berdaya maju.

 

Peniaga yang didapati tidak mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya setelah dikeluarkan notis amaran boleh dikenakan tawaran Kompaun tidak melebihi BND1,000. Kesalahan yang berulang boleh didakwa dan dikenakan denda maksima sebanyak BND20,000 dan penjara selama lima tahun oleh mahkamah.

 

JPKE ingin mengingatkan bahawa harga maksima hanya ditetapkan kepada 12 jenis barangan yang disenaraikan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142, termasuk minyak masak, susu tepung anak damit, kenderaan bermotor penumpang, gula, beras dan produk-produk tenaga namun walaupun harga maksima ditetapkan bagi barangan tersebut, para peniaga digalakkan untuk memberikan harga-harga yang menarik untuk menjana jualan.

 

Harga barangan yang lain adalah tertakluk kepada kuasa pasaran (market forces). Oleh yang demikian, para pengguna disarankan untuk memahami hak dan tanggungjawab pengguna dengan melakukan perbandingan harga dan mencari produk atau jenama yang sebanding (substitute) bagi mendapatkan nilai terbaik.

 

Bagi menyokong inisiatif 'Pengguna Bijak', JPKE menggalakkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi mudah alih PenggunaBijak / SmartConsumer yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Playstore.

 

JPKE mengalu-alukan sebarang maklum balas orang ramai atau penjelasan berkaitan dengan fungsi kawalan harga dengan menghubungi Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna melalui talian : +673 2230223 (waktu pejabat); aplikasi mudah alih : PenggunaBijak / SmartConsumer; e-mel : '[email protected]' / '[email protected]'; laman sesawang : 'www.depd.gov.bn/cad'; Facebook : 'AduanPenggunaJPKE' atau terus ke pejabat JPKE beralamat Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Bilik 3.06, Tingkat 3, West Wing, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131, Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47