FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pegawai Dan Kakitangan AMBD Tingkatkan Kesedaran Mengenai Kanser


SEBAHAGIAN pegawai dan kakitangan AMBD ketika hadir semasa Acara Kesedaran Kanser.

 


 February 9th, 2019  |  06:52 AM  |   149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia 2019, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), dengan kerjasama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Pusat Promosi Kesihatan (PPK), Kementerian Kesihatan; serta Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah menganjurkan Acara Kesedaran Kanser bagi pegawai dan kakitangan AMBD, berlangsung di Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini.

 

Berlangsung pada 4 Februari 2019, majlis diselitkan dengan taklimat bertajuk "Kanser di Negara Brunei Darussalam - Apa Yang Perlu Awda Ketahui Tentangnya", disampaikan oleh Konsultan Onkologi dan Pakar Perubatan Hospital RIPAS, Dr. Awang Hj Muhammad Syafiq bin Abdullah @ Kian Chee Lim.

 

Taklimat  dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai kanser sebelum menyentuh mengenai statistik kanser di negara ini di mana menurutnya kanser merupakan salah satu daripada dua pembunuh utama di Negara Brunei Darussalam, di samping merupakan penyebab utama bagi kematian dengan lebih 600 kes dikesan setiap tahun.

 

 

 

Oleh itu, ujarnya kesedaran mengenainya adalah penting untuk mencegah dan pengesanan awal.

 

Taklimat juga menyentuh mengenai kanser yang telah direkod di negara ini, dan seterusnya faktor-faktor risiko berkaitan dengannya termasuk peranan gaya hidup, alam sekitar dan warisan, serta pencegahan dan kawalan.

 

Sejajar dengan tema Hari Kanser Sedunia 2019 "I Am and I Will", Dr. Awang Hj Muhammad Syafiq juga telah menyatakan bahawa perubahan perlulah dimulakan dengan diri sendiri.

 

"Tingkah laku dan tabiat sihat bukan sahaja perlu diamalkan di rumah, malahan juga di tempat kerja, untuk mencapai jumlah permakanan dan aktiviti fizikal seharian yang seimbang. Ini akan mewujudkan tenaga kerja yang lebih sihat dan seterusnya, sebuah organisasi yang lebih positif dan produktif," jelasnya.

 

Melalui inisiatif promosi kesihatan ini, diharap pegawai dan kakitangan akan lebih peka terhadap faktor-faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit kanser, dan perkara-perkara yang dapat mengurangkan risiko tersebut.

 

Maklumat yang diperoleh juga diharap akan dapat dikongsikan, khususnya dikongsikan dengan ahli keluarga.

 

Pameran bagi cara-cara untuk mengelak kanser dan gaya hidup sihat oleh PPK, dan juga pemeriksaan payudara oleh Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) juga diadakan semasa acara tersebut manakala pegawai dan kakitangan perempuan diberikan baucar bagi menjalani pemeriksaan 'ultrasound' atau 'mamogram'.

 

Pada bulan November 2018 yang lalu, AMBD juga telah mengadakan program Kesihatan Mental AMBD dengan tujuan agar pegawai dan kakitangan AMBD akan lebih cenderung dalam memahami status kesihatan mental mereka, dan seterusnya memastikan kesihatan mental masing-masing sentiasa dijaga.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47