Home > Bahasa Melayu
Lawatan Sambil Belajar Dedahkan Situasi Persekitaran Di Tempat Kerja
PARA pelajar dari Micronet International College bergambar ramai sebagai kenang-kenangan semasa membuat lawatan ke ibu pejabat DST dan KRISTALfm Studio.
February 9th, 2019 | 07:01 AM | 232 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sekumpulan pelajar Micronet International College (MIC) yang mengikuti SQA Diploma Kebangsaan Tertinggi dalam Computing & Systems Development (QCF) baru-baru ini membuat lawatan sambil belajar ke ibu pejabat DST dan KRISTALfm Studio, di sini.
Ketibaan para pelajar dialu-alukan oleh wakil dari Group Corporate Communications, Awang Md. Hazwan bin Zaini sebelum diberikan penerangan mengenai DST termasuk mengenai syarikat berkenaan, produk-produk dan perkhidmatannya.
Para pelajar juga berpeluang melihat secara dekat stesen radio DST, KRISTALfm di mana mereka melawat studio dan ruang produksi.
Dalam pada itu Pengetua MIC, Sharon Chin melahirkan ucapan terima kasih kepada DST atas sesi perkongsian pengetahuan berharga untuk pelajar-pelajar Micronet.
Sebagai sebahagian dari objektif dan kurikulum kolej berkenaan, MIC akan terus memastikan para pelajarnya membina persefahaman yang lebih mendalam terhadap persekitaran kerja sebenar dalam industri dengan berinteraksi bersama profesional, dalam aspek yang berkaitan dengan kaedah kerja dan amalan pekerjaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]