Home > Bahasa Melayu
Hadiri Perkumpulan Pengakap Kelana Di Riyadh, Arab Saudi
PESERTA program bergambar ramai beserta dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Pesuruhjaya Pengakap dan keluarga
February 9th, 2019 | 07:04 AM | 195 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang ahli Pengakap Kelana Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) daripada Pasukan Pengakap Kelana Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Mohammad Azim Shah bin Abdul Rahman telah berlepas ke Riyadh, Arab Saudi pada Khamis, 7 Februari bagi menghadiri Perkumpulan "Messengers of Peace - The Third Gathering For Peace" yang diadakan selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Februari.
Sebelum berlepas, Majlis Penyerahan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah diadakan di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Bendera kebangsaan berkenaan telah diserahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali kepada Awang Mohammad Azim Shah bin Abdul Rahman.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Antarabangsa, Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip; Pesuruhjaya Perhubungan Awam, Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah; Pesuruhjaya Ibu Pejabat, Tugas-Tugas Khas, Awang Haji Zainuddin bin Haji Japar dan ahli-ahli Pengakap Kelana serta ahli keluarga peserta berkenaan.
"Messengers of Peace - The Third Gathering For Peace" yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi ini akan menghimpunkan seramai 300 ahli Pengakap Kelana dari seluruh dunia yang mana fokus utama program berkenaan adalah untuk menyebarkan keamanan dan berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik (best practices) dalam kalangan ahli Pengakap Kelana dalam memelihara alam sekitar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]