FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Akademi Projek Ikan Pusu Terima 20 Biji Bola Daripada AFC


PEMANGKU Setiausaha Agong NFABD, Pengiran Anak Md Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim menyerahkan bola kepada Pengurus Projek Ikan Pusu, Cheah Swee Ming.

 


 February 9th, 2019  |  07:09 AM  |   431 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD)  menyerahkan sebanyak 20 biji bola daripada Asian Football Confederation (AFC) kepada Akademi Projek Ikan Pusu (PIP) pada majlis yang diadakan di Padang 'B' Kompleks Sukan Berakas.

 

Bola-bola berkenaan merupakan anugerah AFC kepada Pengurus PIP, Cheah Swee Ming setelah memenangi anugerah 'AFC Best Grassroots Leader', mengalahkan 46 peserta lain dalam kalangan 47 ahli negara AFC pada bulan November 2018 lalu di Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Penganugerahan tersebut diberikan atas kerja gigih beliau dalam menjalankan Projek Ikan Pusu dan sumbangan beliau terhadap bola sepak tanah air sejak tahun 2001.

 

Mewakili pihak NFABD bagi menyerahkan bola-bola berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Agong NFABD, Pengiran Anak Md. Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim kepada Cheah Swee Ming.

 

Menyaksikan penyerahan tersebut ialah Pengarah Teknikal NFABD, John Whittle; Ketua Bahagian Pembangunan Bola Sepak Akarumbi, Awang Haji Rozaimie Nizam bin Haji Jainal; Penyelaras Bola Sepak Akarumbi, Dayang Siti Zuraina binti Haji Abdullah; Ketua Jurulatih PIP, Awang Haji Omar bin Haji Jamil serta pihak pengurusan dan jurulatih-jurulatih PIP termasuk 300 pelatih-pelatih PIP.

 

Dalam kategori 'AFC Best Grassroots Club 2018' pula, PIP juga berjaya meraih tempat ke-6 daripada 47 negara Asia lainnya seperti yang dilaporkan dalam 'AFC's Coaching Focus Magazine'.

 

Ketika ini, pemain-pemain PIP mewakili kelab-kelab bersaing dalam Liga Super DST dan Liga Perdana DST, DPMM FC dan Pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam dari semua peringkat umur dalam kejohanan bola sepak serantau dan antarabangsa.

 

Dalam pada itu, NFABD melalui Jabatan Pembangunan Teknikal, iaitu Bahagian Pembangunan Bola Sepak Akarumbi telah membuat perancangan bagi aktiviti bola sepak di peringkat akar umbi.

 

NFABD berhasrat untuk memfokuskan kepada program pembangunan jurulatih bola sepak peringkat akar umbi bagi mendukung dan memberikan galakkan kepada pemain berumur 12 tahun ke bawah untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan bola sepak.

 

Antara langkah yang dibuat oleh pihak persatuan adalah dengan mengadakan Festival Bola Sepak di setiap daerah bagi pemain umur bawah lapan tahun dan umur bawah 10 tahun dengan objektif untuk mempromosikan sukan bola sepak dan menarik minat pemain-pemain cilik negara ini untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak dengan menyertai mana-mana kelab, akademi atau sekolah yang aktif dalam mengikuti 'Aktiviti Pembangunan Bola Sepak Akarumbi NFABD'.

 

Manakala bagi pemain berumur 11 dan 12 tahun, NFABD ingin mendedahkan pemain-pemain muda untuk bersaing di peringkat akar umbi melalui kejohanan dan platform yang telah disediakan, iaitu pemain-pemain yang lahir antara 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008 adalah disarankan untuk aktif berlatih dengan mana-mana kelab atau akademi bola sepak yang terdapat di Negara Brunei Darussalam mahupun pasukan sekolah yang juga dijemput untuk menyertai dalam kejohanan Grassroots 4 x 4 Game Festival dan Liga Daerah U12.

 

Bagi maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang NFABD, iaitu 'www.nfabd.org/grassroots'

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47