FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


73 Kali Khatam Warga Emas, Tanda Kasih Kepada Raja


SUASANA di ruang sembahyang Masjid Sufri Bolkiah semasa pelancaran 73 kali Khatam Al-Quran Warga Emas seluruh Negara bersempena Ulang Tahun Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negar

 


 February 9th, 2019  |  07:14 AM  |   314 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Pelancaran 73 Kali Khatam Al-Quran Warga Emas seluruh Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019, berlangsung di Masjid Sufri Bolkiah, Perpindahan Berakas, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan disusuli dengan doa memulakan membaca Al-Quran yang dipimpin oleh Imam masjid berkenaan, Awang Morni bin Haji Nayan.

 

Kemudian majlis diikuti dengan membaca lima halaman Juz Pertama beramai-ramai dan diteruskan dengan membaca Doa Penutup membaca Al-Quran.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh Iman masjid tersebut.

 

Pada tahun ini, lebih 300 warga emas yang yang terbahagi kepada 21 halaqah perempuan dan enam halaqah lelaki menyertai pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

 

Terdahulu, Pengerusi Majlis, Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan tujuan rancangan tersebut diadakan adalah bagi warga emas menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk rajin membaca Al-Quran.

 

Tambahnya, atas inisiatif beberapa orang warga emas, terbentuklah kumpulan yang mengusahakan rancangan Warga Emas 73 Kali Khatam Al-Quran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-73, 2019.

 

Menurutnya lagi, tujuan utama rancangan berkenaan, selain menyahut seruan baginda, ialah sebagai tanda rasa kasih rakyat yang sudah lanjut usia kepada raja yang dikasihi dengan meniatkan pahala bacaannya terutama untuk baginda.      

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47