FacebookInstagramTwitterContact

 

Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>           Munajat Night           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Islamic Da'wah Centre           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM Berkenan Tinjau Pusat Pemprosesan Padi Wasan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia semasa meninjau penyimpanan beras-beras yang sempurna dipek ketika berkenan melawat Pusat Pemprosesan Padi Wasan yang terletak di Kampung Batu Ampar.DI bahagian pembungkusan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mencuba peralatan pembungkusan beras tersebutKEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan meninjau mesin memeriksa kualiti beras yang dihasilkan.

 


 February 13th, 2019  |  07:01 AM  |   591 views

MUKIM PENGKALAN BATU

 

Pusat Pemprosesan Padi Wasan, yang terletak di Kampung Batu Ampar turut menjadi tumpuan lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat menyempurnakan Majlis Mengatam Varieti Padi Hibrid Sembada188 di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Wasan, Mukim Pengkalan Batu, di sini.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja di pusat berkenaan dijunjung oleh Pengurus Syarikat Pertanian Tropikal Utama (PTU), Awang Yong Khian Fook.

 

Semasa lawatan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan penerangan oleh Awang Yong Khian Fook dan Ketua Unit Industri Padi, Sheikh Md. Radzi bin Dato Paduka Sheikh Adnan dan dijunjung menyaksikan proses penuangan padi ke dalam mesin pengisar, Bilik Kawalan dan kemudiannya melawat Seksyen Pembungkusan yang mana baginda berkenan mencuba sendiri melakukan proses pembungkusan beras ke dalam guni.

 

Mesin pengisaran padi berjenama Satake dari Satake Corporation, Jepun itu mampu menghasilkan sekitar 3.5 metrik tan padi sejam dan dijangka akan dapat menampung tahap pengeluaran 5,800 metrik tan setahun (20 peratus tahap sara diri).

 

Mesin pengisar padi ini dapat mengisar padi-padi keluaran tempatan dengan lebih cepat dan efisien serta membantu mengawal kualiti lepas tuai beras tempatan.

 

Pada masa ini, khidmat operasi mesin pengisar dijalankan oleh Syarikat Pertanian Tropikal Utama, manakala operasi penerimaan padi, penuangan padi ke mesin pengisar, pembungkusan beras, penjualan beras dan pemeliharaan mesin pengisar dijalankan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

 

Oleh kerana pengeluaran padi tempatan masih rendah, mesin pengisar ini masih belum digunakan secara optimum. Oleh itu, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan berhasrat untuk menswastakan pusat pemprosesan padi dan beras tersebut.

 

Objektif penswastaan ini adalah untuk memastikan kilang padi beroperasi dengan lebih efisien dan secara langsung meningkatkan kapasiti pengisaran dan meningkatkan kualiti beras yang dikisar; menawarkan peluang perniagaan kepada sektor swasta khususnya syarikat tempatan yang berminat untuk mengendalikan sepenuhnya Pusat Pemprosesan Padi Wasan; dan mengurangkan beban kepada kerajaan dari segi perbelanjaan tahunan bagi kos operasi kilang padi dan pembelian padi.

 

Pada masa ini, pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi penswastaan Kompleks Pemprosesan Padi dan Beras Wasan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Company).

 

PTU merupakan salah sebuah syarikat utama dalam membekal jentera-jentera pertanian serta baja dan kimia mesra alam (eco-friendly agro-chemical and fertilizer) di negara ini.

 

Dengan pengalaman dan kepakarannya dalam bidang pertanian, PTU memainkan peranan dalam bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam pelbagai program pembangunan negara antaranya projek kerjasama inisiatif pembangunan padi di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07