Home > Breaking News
Titah Perutusan Sempena Hari Kemerdekaan Bangladesh
March 26th, 2019 | 08:21 AM | 286 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid; dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina serta kerajaan dan rakyat Republik Rakyat Bangladesh bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan negara tersebut.
Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Mana Mulia kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid, baginda sangat menghargai persahabatan dan kerjasama yang erat yang sekian lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing, dan berharap akan dapat terus memperkukuhkan hubungan yang penting ini di tahun-tahun mendatang.
Sementara itu, dalam titah perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina, baginda merakamkan penghargaan terhadap hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat Bangladesh dan berharap berpeluang mengukuhkan hubungan yang penting ini, baik sebagai rakan kongsi dua hala mahu pun antarabangsa.
Pada mengakhiri kedua-dua titah perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid; dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina, dan berharap supaya Tuan Yang Terutama dan Puan Yang Terutama bergembira menyambut perayaan tersebut.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by BruDirect
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]