FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Bersepadu Bagi Memastikan Peraturan Dipatuhi


 


 February 12th, 2023  |  13:51 PM  |   249 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) dan Tabung Amanah Pekerja (TAP) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengendalikan operasi bersepadu di kawasan Kuala Belait dan Seria pada Sabtu, 4 Februari 2023.

 

Ia merupakan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara rutin dalam memastikan sebarang penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan adalah sah, tepat dan berdaftar selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151.

 

Operasi sepadu juga menguatkuasakan peruntukan Bab 23 Akta Amanah Pekerja (Penggal 167) dan Bab 26 Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan 2009, iaitu gagal membayar dan gagal memenuhi sebarang peraturan atau aturan yang dibuat di bawah undang-undang ini, akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Pindaan 2021) dan Akta Perintah Pekerjaan 2009.

 

Hasil daripada operasi tersebut, Unit SDT mendapati sebanyak tujuh unit alat sukat dan timbang digunakan bagi tujuan perdagangan mematuhi Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151. Satu Notis Peringatan telah dikeluarkan ke atas kesalahan tidak memaparkan tanda berat ke atas beberapa produk barang-barang berbungkus dan mempamerkan tanda berat yang tidak betul sepertimana tanda berat yang tertera pada bungkusan buah, sayur segar dan makanan kering.

 

Semasa operasi dilaksanakan, pihak pengurusan dan pekerja-pekerja pembungkus juga turut dikongsikan tatacara membungkus dan menimbang dengan betul.

 

Sementara itu, seorang pekerja didapati belum berdaftar dan belum dicarumkan dengan TAP.

 

Pada masa yang sama, Jabatan Buruh telah mendapati satu kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 Bab 10.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh memohon agar para majikan di Negara Brunei Darussalam supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan 2009, seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada tempoh yang ditetapkan.

 

Para majikan juga adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

 

Manakala, menurut Akta TAP majikan perlu membuat pembayaran caruman TAP dan SCP pekerja mereka sebelum 15hb pada bulan berikutnya bagi mengelakkan caj lewat pembayaran.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi agensi-agensi berkenaan seperti keterangan berikut : Unit Sukatan dan Timbangan melalui e-mel : '[email protected]' atau talian +673 233 4092; Tabung Amanah Pekerja melalui e-mel : '[email protected]' dan Jabatan Buruh melalui talian +673 2381848 (semasa waktu pejabat) atau +673 7298989 (selepas waktu pejabat).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16