FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


13 Pelajar, 11 Guru Diraikan


 


 February 13th, 2023  |  06:51 AM  |   214 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 13 pelajar yang mencapai keputusan cemerlang diraikan pada Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang dalam Peperiksaan Kelayakan Pra Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (Pra-STPUB) dan Peperiksaan Kelayakan GCE 'AS' Level bagi Tahun 2022 yang telah diadakan di Dewan Al-Azkiya, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), hari ini.

 

Turut diraikan 11 guru di atas kecemerlangan yang diraih iaitu mengekalkan pencapaian 100 peratus lulus dalam mata pelajaran Saraf, Hadith, Mustalah Hadith, Faraidh, Tauhid, Usul Feqh, Economics dan Accounting.

 

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para penerima ialah Pemangku Pengetua SMALHB, Hajah Azizah binti Haji Mohammad.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah oleh Guru Mata Pelajaran Al-Quran, Md. Izzuddin Fathullah bin Haji Ahmad, diikuti dengan penyampaian ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengetua SMALHB di mana beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian pelajar-pelajar serta guru-guru.

 

Seterusnya majlis juga diisikan dengan Majlis Mengenang Jasa buat seorang guru yang akan bersara dan seorang guru lagi yang ditugaskan di tempat baharu serta majlis juga turut diserikan dengan ucapan daripada wakil guru-guru yang diraikan dan tayangan video.

 

Bagi memohon keberkatan majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Guru Mata Pelajaran Al-Quran SMALHB, Haji Khairul Anwar bin Haji Muhammad.

 

Diharapkan daripada majlis ini, para pelajar akan terus bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan di masa akan datang dan akan menjadi pembakar semangat serta motivasi kepada warga sekolah untuk terus mencapai kejayaan sesuai dengan moto sekolah iaitu 'Ke Arah Kemuliaan dan Ketinggian'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16