FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bangunan Baharu SMSH Dilengkapi Dengan Pelbagai Kemudahan


 


 March 7th, 2023  |  07:35 AM  |   149 views

TEMBURONG

 

Kementerian Pendidikan ingin mengumumkan bahawa bangunan baharu Sekolah Menengah Sultan Hassan (SMSH), Temburong yang terletak di Kampung Batu Apoi, Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong kini mula digunakan oleh warga sekolah berkenaan bermula pada Rabu, 8 Syaaban 1444H bersamaan 1 Mac 2023M, susulan daripada Majlis Penyerahan Kunci bagi bangunan baharu sekolah berkenaan pada Isnin, 29 Rejab 1444H bersamaan 20 Februari 2023M.

 

Bangunan baharu sekolah berkenaan adalah bagi menggantikan bangunan SMSH Bangar yang asal, yang dibina sekitar tahun 1984 dan mula digunakan pada tahun 1986.

 

Pemangku Pengetua SMSH, Helmy bin Haji Abd. Rahman, semasa ditemui media menzahirkan rasa gembira dan syukur dengan pembukaan sekolah baharu berkenaan.

 

“Bagi mewakili pihak sekolah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas pembinaan bangunan baharu SMSH yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti blok pentadbiran, blok dewan serbaguna, blok bilik darjah, blok Sains, perpustakaan, padang sekolah, surau, kantin, dewan makan, tempat letak kereta, laluan beratap, tempat penurunan, pondok penjaga keselamatan, pondok pembuangan sampah, sub-stesen dan rangkaian infrastruktur.

 

“Saat ini sememangnya dinanti-nantikan terutama sekali oleh warga SMSH dan juga penduduk Daerah Temburong.

 

“Alhamdulillah, dengan adanya sekolah baharu ini, guru-guru dan pelajar-pelajar akan dapat menikmati infrastruktur pendidikan yang lebih kondusif," ujarnya.

 

Beliau juga menjelaskan, bangunan baharu berkenaan akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih sihat, menggalakkan pelajar untuk menumpukan perhatian dan mengambil bahagian dalam pembelajaran dan seterusnya merangsang minat serta semangat mereka untuk terus belajar.

 

Bagi pengajaran pula katanya, ia melibatkan pendekatan atau strategi pengajaran guru, kemahiran guru dalam mengurus kelas dan pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

 

Harapan beliau agar sekolah tersebut akan dapat merealisasikan visi sekolah untuk membentuk generasi masa depan yang siap siaga, iaitu mempersiapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21 dan kemahiran teknologi untuk membantu pelajar-pelajar berkembang dan dapat mengharungi cabaran-cabaran baharu.

 

“Mudah-mudahan dengan tercapainya visi sekolah ini, hasrat Kementerian Pendidikan untuk melahirkan pendidikan yang berkualiti dan bangsa yang dinamik juga akan tercapai dan seterusnya akan dapat menjayakan Wawasan Brunei 2035.

 

“Selain itu, saya juga berharap sekolah akan memperolehi pencapaian yang cemerlang sama ada dari segi akademik dan juga aktiviti luar sekolah," katanya.

 

Sementara itu, Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran SMSH, Ziad bin Haji Kula berkata, dengan terbinanya bangunan baharu berkenaan, para pelajar diharapkan akan dapat belajar bersungguh-sungguh dan mempertingkatkan lagi pencapaian akademik mereka, manakala guru-guru akan bekerja lebih keras lagi demi mencapai kecemerlangan sekolah berkenaan.

 

Dengan adanya pelbagai fasiliti yang ada pada masa ini jelasnya, diharapkan akan dapat menyumbang kepada peningkatan pelbagai aktiviti dan juga pembelajaran para pelajar supaya mereka dapat bersiap siaga menghadapi pelbagai cabaran dalam bentuk mental dan juga membina sahsiah mereka.

 

Manakala, para guru dan pelajar SMSH rata-rata meluahkan rasa gembira dan teruja, di samping merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah DYMM atas pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan.

 

Salah seorang tenaga pengajar SMSH, Hajah Nor Siti Aimi Hamizah binti Haji Abd. Manaf menitipkan harapan agar bangunan baharu berkenaan akan memberikan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif, selain guru-guru juga dapat melaksanakan kemahiran pembelajaran abad ke-21 (21st century learning skill).

 

Salah seorang pelajar Tahun 11A, Lim Wen Long @ William pula memberitahu,  terdapat perbezaan antara bangunan lama sekolah berkenaan dengan yang baharu terutamanya dari segi keluasan dan kemudahan yang disediakan.

 

“Saya berharap belajar di bangunan sekolah yang baharu ini akan meningkatkan prestasi akademik saya serta menjadikan saya pelajar yang lebih baik dan bermotivasi," terangnya.

 

Menurut Dayangku Rabiatul Adawiyah binti Pengiran Batawi, pelajar Tahun 10A, bangunan sekolah yang baharu berkenaan lebih memudahkan pergerakan para pelajar, dan dewan yang luas membolehkan para pelajar berkumpul bagi menjalankan pelbagai aktiviti sekolah.

 

“Saya berharap agar semua pelajar di sekolah ini dapat menjaga serta menggunakan peralatan dan kemudahan yang disediakan di sekolah ini dengan baik," katanya.

 

Pada masa ini, bangunan baharu SMSH menempatkan seramai 714 orang pelajar, 80 orang tenaga pengajar dan 16 orang tenaga sokongan.

 

Projek pembinaan semula sekolah berkenaan adalah selaras dengan rancangan jangka panjang dan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menyediakan infrastruktur pendidikan yang lebih kondusif dan berkualiti melalui pelan Rancangan Kemajuan Negara Ke-11.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16