Home > Sports
Piala Canselor 2022 Galak Persaingan Sukan IPT
March 9th, 2023 | 08:58 AM | 548 views
TUTONG
Universiti Teknologi Brunei (UTB) menganjurkan Perlawanan Peringkat Akhir Balapan dan Padang Piala Canselor 2022 selama tiga hari berturut-turut dari 6 hingga 8 Mac 2023.
Acara berkenaan diadakan hari ini di kawasan trek dan padang Kompleks Sukan Tutong, di sini.
Perlawanan berkenaan mempertandingkan acara sukan seperti lempar cakera, lontar peluru, lembing, lumba lari 1,500 meter, 800 meter, 200 meter, 400 meter, 100 meter, dan 4 x 100 meter.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr. Hazri bin Haji Kifle; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; dan Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.
Acara diakhiri dengan pengumuman pemenang dan sesi penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis daripada empat institusi pengajian tinggi (IPT) diikuti dengan sesi bergambar ramai.
Piala Canselor 2022 bertujuan untuk memotivasikan pembangunan, persaingan dan persatuan sukan dalam kalangan IPT.
Pertandingan Piala Canselor 2022 terbuka kepada semua pelajar dan ahli institusi pengajian tinggi di negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]