FacebookInstagramTwitterContact

 

Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'           >>           Slowdown In US Job Growth Revives Rate Cut Talk           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JMB 2023 : Peluang Peniaga Menawarkan Potongan Harga Istimewa


 


 March 16th, 2023  |  07:55 AM  |   121 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna akan mengadakan acara jualan murah tahunan di peringkat kebangsaan bertajuk 'Jualan Mega Brunei (JMB) 2023' bermula esok, 16 Mac sehingga 6 Mei 2023 selama 52 hari.

 

Acara jualan murah tahunan di peringkat kebangsaan JMB 2023 berkenaan memberi peluang kepada para peniaga untuk menarik pelanggan dengan menawarkan potongan harga istimewa ke atas barangan dan perkhidmatan bagi merangsang penggunaan dalam negeri (domestic consumption).

 

JPES mempelawa penyertaan para peniaga daripada pelbagai sektor untuk sama-sama menyokong acara jualan murah kebangsaan dan membantu menyumbang kepada meningkatkan kegiatan perekonomian negara dengan menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dalam negeri, sempena kedatangan bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

 

Para peserta yang ikut serta di dalam acara JMB 2023 akan dipaparkan di dalam aplikasi mudah alih PenggunaBijak melalui ciri 'Jualan & Diskaun' bagi tujuan publisiti dan bagi memudahkan pengguna mengetahui peserta JMB 2023 dan memudahkan pengguna berkunjung ke premis-premis perniagaan berkenaan.

 

Di kesempatan ini, JPES mengingatkan kepada peserta JMB 2023 untuk sentiasa menjalankan perniagaan dan acara jualan murah secara beretika dengan mematuhi Perintah Pelindungan Pengguna (Perdagangan Wajar) 2011 dan Perintah Paparan Tanda Harga, dengan mempamerkan tanda harga dan diskaun serta terma dan syarat dengan jelas bagi memastikan pengguna membuat pilihan pembelian yang bermaklumat.

 

Dalam pada itu, Notis Acara Harga Jualan Murah yang dikeluarkan oleh JPES hendaklah dipamerkan dengan terang dan jelas di setiap premis perniagaan masing-masing.

 

Borang Makluman untuk menyertai acara JMB 2023 boleh dimuat turun dari laman sesawang JPES, iaitu 'www.deps.gov.bn/cad' atau boleh diperolehi melalui kaunter semasa hari dan waktu bekerja.

 

Borang Makluman yang lengkap boleh dihadapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna bermula hari ini sehingga Sabtu, 25 Mac 2023 melalui e-mel '[email protected]' atau dihantar terus ke kaunter pada alamat Jabatan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Bilik 2A3:06, Aras 3, West Wing, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1131 Negara Brunei Darussalam.

 

Sebarang pertanyaan mengenai JMB 2023 bolehlah disalurkan kepada JPES melalui aplikasi PenggunaBijak atau e-mel '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16