FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Budaya Pembelajaran NBD, UK


 


 March 16th, 2023  |  07:57 AM  |   90 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Universiti Bradford, United Kingdom (UK) menganjurkan seminar empat hari yang di bawah projek penyelidikan British Council Grant bertajuk, 'Learning from COVID-19 Pandemic : Best Practice Exchanges on Student Placement in Higher Education and Exploring Partnership on student and staff mobility' , baru-baru ini.

 

Penyelidikan tersebut diketuai oleh Ketua Unit At-Tamayyuz UNISSA, Dr. Hajah Halimaturradiah binti DSS Haji Metussin serta penyelidik bersama Pengarah, Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA, Dayang Hajah Nurul Nabilah binti Haji Ali dan Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA, Dr. Amnisuhailah binti Abarahan.

 

Seminar ini merupakan salah satu aktiviti 'output' yang dijalankan sebagai sebahagian daripada Memorandum Perjanjian antara UNISSA dan Universiti Bradford.

 

Matlamat projek penyelidikan ini adalah pertama, untuk mengenal pasti amalan terbaik dalam bidang khusus ini dalam meneruskan pembangunan profesional merentas mata pelajaran / disiplin dan pedagogi mereka.

 

Kedua, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar untuk pekerjaan melalui memperluaskan pembelajaran melalui pengalaman, yang bukan sahaja terhad kepada pembelajaran konvensional di dalam bilik darjah tetapi juga dalam persekitaran industri.

 

Ketiga pula adalah untuk mengkaji peluang pendidikan transnasional sambil mempelajari persekitaran pengajaran dan penyelidikan yang berbeza serta untuk meningkatkan pengalaman antara budaya di UK dan Negara Brunei Darussalam.

 

Pegawai eksekutif dan pensyarah telah berbincang dan bertukar-tukar idea sepanjang seminar tersebut untuk lebih memahami amalan terbaik Universiti Bradford.

 

Ia juga memberi tumpuan kepada pendekatan berpusatkan pelajar dalam kecemerlangan akademik dan pembangunan profesional kakitangan serta memberi pelbagai peluang bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga ahli kakitangan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dalam program mobiliti dan penempatan.

 

Pada hari ketiga seminar, seminar telah disampaikan oleh Pengurus Perkhidmatan Majikan dan Penempatan dari University of Bradford, Alison Hedley mengenai penempatan pelajar dari Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei.

 

Pada hari terakhir seminar, beberapa kementerian dan organisasi berkaitan telah hadir untuk menyertai sesi yang dikendalikan oleh Ketua Sains Sosial dari Universiti Bradford, Profesor Peter Mitchell, dengan tajuk mengenai, 'Do Autistic People Have Readable Minds? If Not, What Are the Consequences?', di mana ia menekankan bahawa mereka yang berkeperluan khas masih boleh menjadi cemerlang dalam cara yang mereka boleh, jika diberi bimbingan dan layanan yang betul melalui pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16