FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


36 Pengajar, 26 Pelajar Program Pertukaran Diraikan


 


 March 16th, 2023  |  08:03 AM  |   129 views

BERAKAS

 

Seramai 39 tenaga pengajar dan 26 pelajar dari sekolah-sekolah Arab dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang menyertai Program Pertukaran Budaya dan Pendidikan di antara Sekolah-sekolah dari Kesultanan Oman dan Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi Tahun 1443 / 2021 diraikan hari ini, dalam Majlis Doa Kesyukuran dan Penghargaan serta Penyampaian Sijil, bertempat di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Majlis yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Pengajian Islam dan Unit Program Ta'zeez Al-Lughah Al-'Arabiah Bil Madaris Al-'Arabiah itu turut diadakan secara langsung dan serentak di kedua-dua buah negara iaitu NBD dan Kesultanan Oman secara dalam talian.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil bagi pihak NBD pada majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 

Manakala tetamu kehormat bagi pihak Kesultanan Oman pada majlis berkenaan ialah Penasihat Menteri Prestasi Pembangunan Bahasa, Kementerian Pendidikan, Kesultanan Oman, Dr. Masouma binti Habib Al-Ajmia.

 

Majlis turut dihadiri oleh Kuasa Usaha Sementara (Charge d'Affaires) Kedutaan Kesultanan Oman, Sultan bin Mohamed Al Azri.

 

Berucap pada majlis tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU berkata, hubungan baik yang sedia terjalin di antara Kesultanan Oman dan NBD, di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haitham bin Tariq Al Said, terus dieratkan lagi dengan kerjasama dan sokongan berterusan daripada Kesultanan Oman kepada NBD melalui Program Pertukaran Budaya dan Pendidikan di antara sekolah-sekolah dari kedua-dua buah negara.

 

“Pertemuan kita pada hari ini merupakan tanda sokongan berterusan yang Kesultanan Oman hulurkan di dalam sebarang inisiatif yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah ugama dan Arab di NBD, terutamanya dalam memperkasakan bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar sekolah ugama dan Arab," ujarnya.

 

KHEU, tambah Awang Haji Mohd. Serudin, berharap agar program ini menjadi platform pemula untuk pertukaran dan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua bagi sekolah-sekolah Arab dan ugama di NBD.

 

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada tenaga-tenaga pengajar dan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Arab dan ITQSHHB yang terlibat di dalam program berkenaan di samping memberi tanda sokongan NBD melalui KHEU kepada Kementerian Pendidikan, Kesultanan Oman berhubung program-program yang telah dirancang.

 

Program Pertukaran Budaya dan Pendidikan antara Kesultanan Oman dengan NBD merupakan sebuah Program Berkembar (Twinning Programme) di antara pelajar-pelajar sekolah Arab dan ITQSHHB dengan beberapa buah sekolah di Kesultanan Oman.

 

Program tersebut merupakan salah satu sokongan kerjasama yang dihulurkan oleh Kesultanan Oman kepada NBD bagi mengembangluaskan lagi pengajaran bahasa Arab di NBD bagi bukan penuturnya.

 

Melalui program tersebut, pelajar-pelajar dapat mewujudkan budaya berdialog dan pertukaran bahasa dengan menggunakan kaedah komunikasi moden di samping memperkasa penggunaan bahasa Arab bagi bukan penuturnya serta melahirkan pelajar-pelajar NBD yang boleh bertutur bahasa Arab sebagai bahasa kedua.

 

Rancangan program telah disusun oleh Kementerian Pendidikan, Kesultanan Oman dan berjalan selama 12 sesi dan diisikan dengan pertukaran pendidikan budaya dan warisan dari kedua-dua buah negara.

 

Program bermula secara serentak pada 18 Oktober, 2021 secara dalam talian melalui platform Microsoft Team dan telah pun selesai dilaksanakan pada tahun 2022.

 

Program ini diharapkan menjadi platform pemula untuk pertukaran dan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua bagi sekolah-sekolah Arab dan ugama di NBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16