FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkasa Darussalam Akan Sertai Shell Eco-Marathon Asia


 


 March 16th, 2023  |  08:06 AM  |   101 views

TUNGKU LINK

 

Pasukan Shell Eco-Marathon Asia Universiti Brunei Darussalam (UBD), Perkasa Darussalam, hari ini, melancarkan kenderaan elektrik bateri prototaip bernama Mantuka Aswad bertempat di Bangunan Integrated Science, UBD, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya melancarkan kenderaan tersebut ialah Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle.

 

Penyertaan Perkasa Darussalam dalam pertandingan tersebut menunjukkan penekanan yang diberikan oleh UBD sebagai sebahagian daripada Wawasan Brunei 2035 yang merupakan agenda pembangunan pendidikan untuk melahirkan generasi belia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan boleh bekerja serta menghadapi cabaran global yang berdaya saing dengan ilmu diperoleh.

 

Perkasa Darussalam akan menyertai Pertandingan Shell Eco-Marathon Asia pada 4 hingga 9 Julai 2023 di Lombok, Indonesia. Tahun ini merupakan tahun kelapan penyertaan UBD bagi pertandingan ini.

 

Penyertaan UBD pada tahun 2015 telah mencatatkan rekod kejayaan selepas menyandang tempat ketiga dalam Kategori Sel Bahan Api Hidrogen Prototaip. Pada 2017, pasukan itu memecahkan rekod baharu dengan mencapai kedudukan 10 Teratas dalam Kategori Prototaip Bateri Elektrik.

 

Perkasa Darussalam terdiri daripada mahasiswa Sarjana Faculty of Integrated Technologies (FIT), UBD yang menawarkan program sarjana dan pascasarjana dalam bidang kejuruteraan.

 

Shell Eco-Marathon ialah pertandingan yang mencabar keupayaan pelajar di seluruh dunia untuk merekabentuk, membina dan berlumba kereta cekap tenaga.

 

Dengan tiga acara tahunan di Asia-Pasifik dan Timur Tengah, Amerika dan Eropah serta Afrika, pasukan yang mengambil bahagian, akan membawa kenderaan prototaip mereka ke trek dan bertarung di litar bandar untuk kecekapan tenaga tertinggi, bagi menentukan siapa yang boleh pergi paling jauh di jumlah bahan api paling sedikit.

 

Dengan bekerjasama membina kereta cekap tenaga, projek ini bertindak sebagai platform untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar serta meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan teknikal mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16