FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BYLC 2023 : Platform Satukan Belia Bersama Agensi Berkepentingan


 


 March 18th, 2023  |  07:03 AM  |   136 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Konvensyen Pemimpin Muda Brunei 2023 (Brunei Young Leaders Convention – BYLC 2023) anjuran Perspective Insan Academy, kembali buat kali keempat yang bermula 12 hingga 14 Jun 2023.

 

BYLC 2023 merupakan sebuah platform yang menyatukan para belia dengan agensi-agensi yang berkepentingan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai Wawasan Brunei 2035 dan sebagai platform bagi membantu belia untuk bergiat lebih aktif dalam melaksanakan program dan projek yang dapat membantu dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Konvensyen berkenaan membawakan moto B.E.L.I.A, iaitu Believe; Empower; Lead; Inspire; dan Act.

 

Believe bererti kepercayaan terhadap kemampuan belia dalam membantu mencapai wawasan dan pembangunan negara, manakala Empower pula bermaksud menyokong, membimbing dan membantu para belia dalam usaha tersebut.

 

Sementara Lead membawa erti kebolehan untuk memimpin dalam melaksanakan perubahan positif dalam mencapai sasaran; Inspire bermakna dorongan mentor dari segi pengalaman, penglibatan dan memberi inspirasi kepada para belia; dan Act pula bermaksud tindakan yang perlu diambil oleh para belia dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 

Konvensyen yang akan diadakan selama tiga hari di Universiti Teknologi Brunei berkenaan dibukakan kepada para belia yang berumur di antara 15 hingga 35 tahun, dan pemimpin belia tidak melebihi 45 tahun yang berminat dan berhasrat untuk berganding bahu dalam pembangunan negara dan mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 28 Mei 2023 melalui laman sesawang 'www.bylconvention.com'.

 

Sepanjang konvensyen berkenaan, para pemimpin belia yang hadir akan berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wawasan Brunei 2035, mengikuti forum dan sesi soal jawab bersama mentor yang terpilih, klinik mentor, membina rangkaian kerja, pengurusan projek dan mengikuti aktiviti yang disediakan.

 

Maklumat lanjut dan pendaftaran konvensyen berkenaan boleh didapati dengan melayari laman sesawang 'www.bylconvention.com' atau melalui laman sosial Instagram / Twitter / Facebook (@bylconvention).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16